Monday, 21 March 2016

#FELDA "Peneroka FELDA Tetap Akan Menerima Dividen" - Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad #FGV #FeldaDihatiku

FELDA Global Ventures (FGV) tetap akan memberikan dividen kepada para peneroka kelak apabila diputuskan di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bakal diadakan pada Jun 2016 ini kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

“Peneroka FELDA yang mempunyai saham tetap akan menerima dividen, tetapi sedikit atau banyak akan ditentukan dalam mesyuarat itu.


“Tidak perlu dengar cakap orang yang mendakwa FELDA dan FGV kerugian serta tidak ada duit. Memang kita berhadapan pelbagai situasi yang mencabar tetapi masih mendapat keuntungan,” katanya selepas merasmikan Program Bersama Komuniti Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dewan Orang Ramai FELDA Raja Alias Dua, Bandar Seri Jempol, lapor portal BNBBC semalam.

Laporan media pada Febuari tahun ini, untung selepas cukai (PAT) Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) mencecah RM310 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 lalu.

Dan FGV merekodkan hasil RM15.67 bilion bagi tahun kewangan sama berbanding RM15.26 bilion tahun sebelumnya ini menokok pertambahan hasil sebanyak 3%.

Tan Sri Mohd Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol, Negeri Sembilan berkata, FGV akan terus memajukan sektor hiliran yang berdaya maju dalam usaha meningkatkan pendapatan syarikat sekali gus terus memacu Felda keatas pencapaian terbaik meskipun ekonomi global dalam keadaan ketidaktentuan.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#FELDA "Peneroka FELDA Tetap Akan Menerima Dividen" - Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad #FGV #FeldaDihatiku Daeng Selili Rating: 5 Monday, 21 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!