Tuesday, 15 March 2016

#DeklarasiRakyat "Pemimpin Pembangkang Hanya Hipokrit" - Wee Ka Siong #MCA

Beberapa pemimpin pembangkang yang telah menandatangani "Deklarasi Rakyat" bersama Dr. Mahathir untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan pada 4 Mac 2016. 

Akan tetapi, seminggu selepas itu iaitu pada 11 Mac 2016, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden PKR Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesediaan mereka untuk memberikan kerjasama dengan kerajaan dibawah pimpinan kerajaan hari ini Datuk Seri Najib Razak.



Timbalan Presiden MCA , Datuk Seri Wee Ka Siong membidas sikap hipokrit pihak kepimpinan pembangkang yang tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu bersekongkol dengan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak demi agenda peribadi atau bekerjsama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memajukan Malaysia bersama-sama. 

Pendirian pihak pembangkang ini hanya mengelirukan rakyat , malah penyokong mereka sendiri tidak dapat menerima baik akan perkara ini dan ini juga membuktikan bahawa kempimpinan pembangkang sendiri berpecah belah dan tidak ada kesepakatan yang diperlukan dalam sesebuah kerajaan. 

Didalam isu yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Dr. Mahathir kepimpinan pembangkang sememangnya gagal untuk mendengar suara hati rakyat malah penyokong mereka sendiri tidak dapat menerima dengan baik tindakkan mereka. 

"Pembangkang harus menyelesaikan dulu matlamat mereka kerana mereka telah membuat kenyataan yang berlawanan yang mengelirukan" Kata Datuk Wee.

Dalam halnya "Deklarasi Rakyat" bersama Dr. Mahathir ini jelas kepimpinan pembangkang boleh di ibaratkan jenis lidah bercabang iaitu pendirian selalu berubah-ubah, tidak boleh dipercayai. Ini hanya mengelirukan rakyat dengan harapan dapat meraih undi pada Pilihan Raya dan terus memegang tampuk kuasa tanpa memikirkan pemasalahan rakyat yang sebenar.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#DeklarasiRakyat "Pemimpin Pembangkang Hanya Hipokrit" - Wee Ka Siong #MCA Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 15 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!