Monday, 14 March 2016

Cara McNuggets Di MacFood Services Diproses #McDonaldsMalaysia #McDonalds



Nugget adalah satu bentuk olahan daging yang dipotong dan diadunkan melalui beberapa proses akhirnya menjadi ketulan ketulan kecil, disini dikongsikan bagaimana cara operasi penghasilan McNuggets yang digemari oleh pelanggan MacDonald’s. 

Aritikel sebelum ini ada menceritakan MacFood Services Sdn Bhd ialah pembekal utama makanan yang disediakan di restoran McDonald's di Malaysia malahan mendapat tempahan dari negara negara timur tengah lantaran kepercayaan yang tinggi dan produk yang berkualiti dihasilkan oleh MacFood Services.

McNuggets dihasilkan di Kilang MacFood Services iaitu sebuah kilang pemprosesan makan sejuk beku yang diyakini halal dan mencapai standard yang tertinggi.

Penyediaan makanan oleh MacFood Services Sdn. Bhd. Tidak perlu dipertikaikan. Ini kerana MacFood Services telah mendapat pengiktirafan dengan persijilan ISO9001:2008 dan ianya dianugerahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, dan sudah pasti aktiviti MacFood Services ini dipantau dan disahkan selamat dan mengikut standard oleh pihak-pihak yang berkenaan secara berterusan.

Di antara pengitirafan yang diterima oleh MacFood Services Sdn. Bhd termasuklah HACCP Certification (Hazard Analysis and Critical Control Points) Program Food safety management system, ISO 9001:2000 Certification by SIRIM QAS ia itu pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti.

HALAL Certification (Sijil Pengesahan Halal) oleh HDC/JAKIM jelas telah mematuhi prosedur pensijilan Halal Malaysia dan DVS Malaysia (Department of Veterinary Services) Certification – Dalam mematuhi peraturan-peraturan pemeriksaan veterinar Malaysia dan juga telah memenuhi pematuhan kepada keperluan Program Jaminan Kualiti (QAP) dan Sistem HACCP. 

Diluar sana pelbagai product Nuggets yang ada dipasaran. Malah ada yang mendakwa produk Nuggets ini dihasilkan dari sisa-sisa ayam seperti usus, pedal dan kulit ayam. Bagi di McDonald’s iaitu kilang pemperosesan di MacFood Services perkara ini adalah tidak benar dalam penghasilan McNuggets.

Diingatkan juga MacFood telah mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM dan McDonald's juga melantik dua penasihat syariah bagi menjalankan peranan sebagai Audit Halal dalaman McDonald's dalam memastikan kualiti halal barangan jualan mereka terpelihara. 

Baru baru ini rakan admin, seorang penulis portal berita berpeluang untuk pergi ke kilang MacFood Services untuk melihat sendiri operasi penghasilan produk oleh kilang MacFood Services. Beliau memberitahu bertapa ketat dan terperincinya syarat untuk memasuki kilang pemprosesan MacFood Services antaranya setiap pelawat akan melalui tapisan kesihatan dan perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.


Daging ayam yang dibesihkan untuk penghasilan McNuggets
Tahap tekanan suhu badan juga dipantau oleh bahagian tapisan ini, sekiranya suhu badan pelawat melebihi 37.5 celsius mereka tidak akan membenarkan pelawat ini masuk. Selepas pemeriksaan kesihatan tubuh badan ini, pegawai bertugas akan memberikan taklimat ringkas kepada pelawat beberapa larangan digariskan antaranya tidak membenarkan sebarang alat telekomunikasi seperti telefon bimbit dibawa masuk. Barangan berbentuk logam juga dilarang dibawa bersama bagi mengelakkan adanya benda asing memasuki kawasan kilang pemprosesan.


Daging ayam dipindahkan ke dalam alat pemperosesan


Jelas kawalan ketat ini untuk langkah langkah keselamatan yang menjadi kewajiban di kilang pemprosesan di MacFood Services dalam menjaga kawalan mutu dan keselamatan makanan yang dihasilkan oleh kilang ini.

Rupa daging ayam yang telah dikisarkan sebelum dibawa ke proses yang seterusnya.





Proses pembungkusan dan timbang sedang dilakukan





Dari gambar gambar operator diatas ini sedikit sebanyak dapat kiranya kita menilai cara penghasilan produk oleh MacFood Services ini cukup terperinci dan bersih. Sehinggakan tahap kesihatan pelawat juga diambil kira apatah lagi operatornya.


Cara McNuggets Di MacFood Services Diproses #McDonaldsMalaysia #McDonalds Daeng Selili Rating: 5 Monday, 14 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!