Wednesday, 23 March 2016

Bayar Guna Kad Kredit Dan Debit Di McDonald's #McDonaldsMalaysia #McDonalds

Kebelakangan ini McDonald’s Malaysia banyak memperkenalkan menu baru dalam hidangan yang dijual di restoran restoran mereka diseluruh negara. Ini menunjukkan McDonald’s terus terusan memberikan perkhidmatan penyediaan makanan yang efektif untuk para pelanggannya.

Dan hari ini McDonald’s komited pada misi mahu memuaskan selera pelanggan setia mereak, malah pihak McDonald’s juga mahu memudahkan urusan jualbeli kepada pelanggannya.

Kaedah terbaru di McDonald’s untuk memudahkan pelanggannya kini adalah memberi kemudahan menggunakan kad kredit atau debit mereka untuk memesan makanan.


Projek perintis ini dengan usahasama bersama bank terkenal di Malaysia iaitu Maybank akan memberi kemudahan kepada pelanggan di seluruh negara dan kini terdapat 20 buah premis terpilih telah dikemaskinikan kemudahan ini. Dalam perancangan masa hadapan, jumlahnya kemudahan ini akan bertambah di restoran yang memerlukan perkhidmatan ini mengikut kesesuaian. 


Selepas ini para pelanggan tidak perlu risau atau tergesa gesa ke mesin pengeluaran wang kerana adanya mode bayaran yang baru melalui kad kredit/ debit di restoran McDonald’s. Adanya kemudah ini bakal memudahkan proses pembayaran makanan yang dipesan dan sekaligus menjimatkan masa dan tenaga.

Apa itu kad debit?

Nama kad debit tidak dinafikan telah biasa kita dengar. Kad debit bermaksud sejenis kad bank yang digunakan oleh pengguna untuk membuat pembayaran yang boleh menggantikan pembayaran secara tunai. Secara analogi, kad debit merupakan wang tunai digital anda.

Di Malaysia hampir kesemua bank yang menyediakan fungsi kad ATM dilengkapi dengan fungsi kad debit.

Kad debit hampir sama dengan kad kredit, cuma kad debit menolak wang yang terdapat dalam akaun simpanan pada bank anda bagi setiap pembayaran, manakala kad kredit menambah hutang yang perlu dilangsaikan selepas setiap pembayaran. Kad debit tidak dapat digunakan apabila wang di dalam akaun telah habis digunakan.

Apa kelebihan menggunakan kad debit?

Terdapat banyak kelebihan menggunakan kad debit. Antaranya membolehkan anda membayar barang-barang yang anda beli tanpa perlu menggunakan duit tunai. Dalam erti kata lain apabila anda hendak membeli-belah, kad sekeping itu pun boleh digunakan untuk membayar barang yang anda beli.

Apabila anda membayar dengan menggunakan kad debit, duit akan ditolak terus daripada akaun anda, maknanya anda tidak perlu risau tentang hutang pada hujung bulan. Tetapi pastikan baki dalam akaun anda adalah mencukupi untuk memudahkan proses pembayaran.

Selain itu, kad debit boleh membantu anda mengawal perbelanjaan setiap bulan agar tidak melebihi daripada apa yang anda telah rancang.

Kad debit juga boleh mendidik anda supaya lebih berjimat, hal ini demikian kerana apabila penggunaan kad debit meningkat,Wang tunai dalam akaun akan berkurangan, untuk memastikan baki dalam akaun sentiasa mencukupi, pastikan anda tidak terlalu banyak berbelanja, terutamanya ke arah perbelanjaan yang tidak berfaedah. Tetapi bayar makanan di Mcdonald’s itu takkan la dikategorikan perkara yang tak berfaedah pula kan?
Bayar Guna Kad Kredit Dan Debit Di McDonald's #McDonaldsMalaysia #McDonalds Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 23 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!