Saturday, 6 February 2016

#TPPA Negara Dijajah? "Malaysia Ada Kilang Di Amerika Juga" - Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Usul TPPA lulus 127-84 undi di Parlimen pada 27 januari lepas. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ini telah dibahas didalam dewan Negara selama dua hari dan mendapat kesepakatan ahli parlimen. Maka dengan itu kerajaan Malaysa mengambil jalan menandatangani TPPA, Malaysia adalah antara 12 negara yang turut menandatangani pakatan perdagangan bersejarah TPPA ini di Auckland, New Zealand. Negara-negara lain yang tutur sama mengambil bahagian ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam

Kita sedia maklum, syarikat - syarikat Malaysia akan diberi peluang untuk menembusi pasaran global tanpa dikenakan sebarang cukai. Maknanya, produk pengeluaran tempatan dapat dijual di negara negara anggota TPPA tanpa cukai import. Ini menjadikan harga produk keluaran negara sangat kompetitif (tidak mahal) ini meningkatkan peluang mengembangkan produk tempatan keluar nagera dan sekaligus menurunkan harga barangan import kedalam Malaysia. 

Syarikat milik Melayu terbesar di Dunia, Federal Land Development Authority atau dikenali dengan nama FELDA bakal memperluaskan pasarannya di peringkat antarabangsa dengan menawarkan harga produk yang sangat kompetitif. 

"TPPA ini kerajaan masuk dan kemudian dimomokkan pula kononnya Amerika Syarikat akan menjajah kita. Ini semua tidak benar. Felda sendiri ada kilang di Amerika Syarikat dan adakah kita menjajah Amerika Syarikat? tidak. 

Menurut kenyataan pengerusi FELDA sendiri, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata perjanjian terbesar dunia itu dilihat sebagai peluang keemasan kepada Felda dan FELDA mengfocuskan untuk menembusi pasaran khususnya di Amerika Latin.

"Apa yang berlaku, dengan TPPA kita seronok apabila kita (Felda) boleh meluaskan pasaran kita. Kita dah mula buat perancangan untuk meluaskan pasaran kita di Amerika Latin," katanya dalam ucapan perasmian Pusat Literasi Keluarga, Felda Raja Alias 1, di sini, hari ini.

Tan Sri Isa juga berkata melalui TPPA, ia juga akan membolehkan Felda meraih keuntungan yang lebih besar sekali gus mampu member persaingan yang berbaloi dan pulangan yang lebih lumayan kepada warga FELDA khususnya. 

Syarikat dari Malaysia selepas ini bakal menembusi pasaran - baru seperti di pasaran Mexico, Peru dan Chile dimana sebelum ini tiada syarikat Malaysia yang Berjaya menembusi peniagaag di negara tersebut. Negara - negara ini juga dapat menjadi getaway kepada syarikat tempatan untuk masuk ke Brasil, Argentina, Colombia dan sebagainya.

Malah begitu juga produk produk syarikat luar yang sesuai untuk rakyat Malaysia juga bakal diniagakan di Malaysia. Syarikat luar yang melaburkan disini ini sudah pasti menguntungkan Negara dan sekaligus membuka peluang peluang perkerjaan yang baru untuk rakyat Malaysia.


Sentimen mengatakan Malaysia bakal dijajah oleh perjanjian TPPA ini adalah kata kata kolot yang hanya bersifat provokasi sedangkan Kerajaan hari ini memandang TPPA ini adalah satu peluang yang tidak patut dilepaskan memandangkan perjanjian ini turut member ruang kepada kepentingan bumiputera di Malaysia.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#TPPA Negara Dijajah? "Malaysia Ada Kilang Di Amerika Juga" - Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 6 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!