Tuesday, 9 February 2016

#SPR 325,000 Pengundi Baru Yang Layak Tetapi Tidak Berdaftar.

Pohon viralkan dan ambil tindakan untuk daftarkan ahli keluarga, saudara mara dan warganegara yang memiliki kad pengenalan negara Malaysia yang berumur 21th keatas.



Negara kita adalah negara demokrasi, hak memilih jenis kepimpinan dan masa depan negara adalah hak asasi kita. Tiada sesiapa pun harus berfikir mereka boleh menafikan hak kita untuk mengundi atau memanipulasikan undi kita.

Namun begitu, terdapat sekitar 4 juta rakyat Malaysia berumur 21 tahun masih belum berdaftar sebagai pengundi. Manakala setiap tahun sekitar 450,000 warganegara yang mencapai umur 21 tahun dan layak untuk menjadi pengundi.

Berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, jumlah pendaftaran pengundi baru dari Mei 2013 hingga Mei 2015 adalah 373,467. Jadi pendaftaran purata setiap tahun adalah hanya lebih kurang 125,000, atau dalam erti kata lain setiap tahun ada 325,000 pengundi baru yang layak tetapi tidak berdaftar.

Mengikut kadar pendaftaran pengundi baharu yang terkini, pada Pilihan Raya Umum ke-14, kita akan mempunyai sekurang-kurangnya 5 juta daripada sekitar 18-19 juta pengundi yang tidak berdaftar untuk mengundi.

Biasanya kadar mengundi rendah pada pilihan raya adalah tanda yang mencerminkan sikap apati terhadap politik. Tetapi di Malaysia, kita telah melihat purata kadar mengundi yang agak tinggi dalam tiga pilihanraya umum yang lalu, iaitu 78 peratus. Bahkan, PRU yang lepas mencapai kadar mengundi yang setinggi 85 peratus. Ini menunjukkan sikap apati terhadap politik bukan sebab utama mengapa orang tidak berdaftar sebagai pengundi.

Pada pendapat saya, sebab mengapa kita masih mempunyai bilangan layak mengundi yang tidak berdaftar adalah masalah proses itu sendiri. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab untuk mendaftar pengundi baharu telah membikin proses semakin rumit, lantas menghadkan saluran bagi orang ramai mendaftar.

Kempen Semakan & Daftar Pengundi



Di atas link utk buat semakan Daftar Pemilih Bagi Laman Web SPR

Kaedahnya :-

1) Klik link di atas

2) Masukkan no IC

3) Click "Semak"

4) Kalau dah berjaya dia akan kluar result nama, no ic, alamat, Daerah Mengundi, dan lokaliti
Contoh :


5) Kalau tidak Didaftarkan dia akan kluar result "Record Not Found"

Call untuk sebarang pertanyaan untuk daftar pengundi : 
TEL : 03-8892 7000 | FAX : 03-8892 7001

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#SPR 325,000 Pengundi Baru Yang Layak Tetapi Tidak Berdaftar. Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 9 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!