Wednesday, 3 February 2016

#SPAD #Video Kes Pukul Penumpang Di Pulau Pinang!

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu bas ekspres yang didakwa memukul dua penumpang ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka yang viral di media sosial baru-baru ini.

Dari laporan bekenaan viral video Ianya bermula apabila seorang pemandu bas ekspres yang naik angin bertindak memukul dua penumpang warga asing kerana mereka telah tidur di kerusi rehatnya semasa dalam perjalanan ke Melaka dari Pulau Pinang.

Dua orang mangsa itu sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara keagamaan sempena Thaipusam di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Pulau Pinang.

Mangsa yang berumur 35 dan 41 tahun itu telah dipukul beberapa kali dengan selipar, malah ditampar serta ditendang oleh pemandu bas terbabit dakwanya. Dan tidak habis disitu, ketika dalam perjalanan, Pemandu itu juga menggunakan bahasa yang kasar untuk memarahi mereka di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan seperti yang dilaporkan oleh pihak media.

Salah seorang mangsa berkata dia dan rakannya telah memohon maaf kepada pemandu bas tersebut kerana tindakan mereka memang tidak disengajakan.

Kedua-dua warga asing itu, yang merupakan pekerja sebuah restoran di Melaka, Pemergian mereka ke sana ditemani seorang ahli perniagaan tempatan untuk meraikan Thaipusam di Pulau Pinang.

Ahli perniagaan berusia 57 tahun itu menambah, pemandu itu sangat agresif dan sanggup berhenti tiga kali di lebuh raya untuk memukul dua mangsa. Akhirnya dapat ditenangkan apabila ahli perniagaan itu memberikan RM50 kepadanya tanda ganti rugi.

Mangsa mengatakan mereka hanya memerlukan tempat untuk berehat semasa dalam perjalanan waktu malam dan telah duduk di kerusi yang tanpa disedari adalah khas untuk pemandu.

Ahli perniagaan itu yang juga tidak mahu dikenali berkata pemandu itu berhenti di kompleks bas Terminal One Seremban dan memaksa mangsa iaitu penumpang warga asing itu keluar dari bas.

Katanya, dia tidak mahu menjadikan kejadian itu satu isu perkauman atau apa apa akan tetapi terpaksa membuat laporan polis apabila rakaman pemandu itu tersebar di media sosial.


SPAD Bakal Heret Pemandu dan Syarikat Pengusaha Bas Ke Muka Pengadilan!

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar berkata tindakan termasuk membatalkan lesen memandu boleh dikenakan jika siasatan polis mendapati pemandu berkenaan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

''SPAD akan menunggu sehingga siasatan polis selesai sebelum tindakan seterusnya diambil.


''Kelakuan sedemikian tidak menggambarkan etika budaya Malaysia dan kita tidak akan berkompromi,'' 

Menurut beliau lagi, bentuk tindakan akan dibuat berdasarkan hasil siasatan polis dengan menggunakan peruntukan sedia ada sama ada mengambil tindakan terhadap pemandu atau syarikat pengusaha.

Para saksi dan segala bentuk bahan bukti akan dikumpulkan untuk proses tindakkan seterusnya.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#SPAD #Video Kes Pukul Penumpang Di Pulau Pinang! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 3 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!