Friday, 12 February 2016

#SPAD #Teksi Krew MAS Jadi Pemandu Teksi.

Bersungguh sungguhlah untuk selalu berniat mencari rezeki yang halal. Dan sentiasalahyakin bahawa rezeki itu sudah dibagi bagi dan diukur olehNya. Rezeki itu menanti tetapi apa usahamu untuk meraihnya, atau rezeki itu memang bukan milikmu sebagai ujian dan menguji ketaatan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Siapa sangka selepas setahun lalu diberhentikan kerja sebagai krew syarikat penerbangan MAS, kini Zullifan Che Din bergelar seorang pemandu teksi popular di negara biarpun baru menceburi bidang ini tidak sampai seminggu..

Dikongsikan kisah yang dikarang oleh sahabat blogger admin [Harapan Esok ]


Kisah ini menjadi viral apabila anaknya, Mohd Zulhelmi telah berkongsi kisah bapanya dilaman sosial facebook yang telah menarik perhatian 22,849 LIKES dan 4,093 SHARE..posting itu telah menarik perhatian banyak media sehingga ASTRO AWANI turut membuat entry cerita ini..

Apa yang menarik perhatian kami, Zullifan turut memperkenalkan pakej tersendiri untuk menarik penumpang menggunakan perkhidmatannya. antara pakej istimewa yang ditawarkan ialah kaedah menggunakan kupon dan tagline "Elmi Handsome" untuk mendapatkan harga lebih rendah berbanding daripada meter.

Dalam posting berkenaan, anaknya menulis jangan mempersoalkan kenapa ayahnya Zullifan memilih menjadi pemandu teksi berbanding menjadi pemandu UBER...sejak posting tersebut menjadi viral..anaknya tidak henti-henti mendapat sms dan panggilan telefon untuk menempah perkhidmatan bapanya.

Melalui posting ini, kita dapat lihat betapa kerjaya pemandu teksi ini amat menjanjikan peluang keuntungan yang amat lumayan jika kena dengan caranya..bayangkan Zullifan yang baru menceburi bidang ini sanggup menawarkan potongan harga dan pakej istimewa..yang paling mengujakan apabila Zullifan akan berkongsi pengalamannya semasa menjadi krew kapal terbang sepanjang bekerja di syarikat penerbangan..


Kami yakin pemandu teksi ini tidak akan menang tangan dengan menerima tempahan pelanggan..disamping menggunakan perkhidmatan teksi pasti ramai yang hendak tahu pengalaman silamnya...

Pemberhentian Zullifan dan krew kapal terbang yang lain merupakan langkah untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines..biarpun mendapat saguhati dan program sokongan membantu mencari rezeki ia tidak mengehadkan pemilihan kerjaya sebagai pemandu teksi..

Kami mengharapka ia merupakan satu persaingan sihat buat semua pemandu teksi di Malaysia agar mencari banyak inisiatif menambahkan bilangan pelanggan..mungkin sistem kupon dan potongan harga tambang boleh digunakan bagi menjamin pelanggan kekal dengan perkhidmatan anda perlu dipraktikkan...

Bagi yang mahu merasa naik teksi seperti menaiki kapal terbang bolehlah hubungi anak Zullifan di talian 012-2710040

Beginilah contohnya mencari rezeki yang halal dan ia merupakan tuntutan kehidupan yang tak mungkin seseorang menghindarnya. Seorang muslim tidak melihatnya sekadar sebagai tuntutan kehidupan. Namun ia mengetahui bahwa itu juga merupakan tuntutan agamanya, dalam rangka menaati perintah Allah swt untuk memberikan keperluan dan tanggungjawabnya kepada diri dan keluarganya.

Menyalahkan nasib dan orang lain! Itu adalah ucapan bagi orang orang yang tidak beriman. Insya Allah jauh lebih mudah jika hidup dengan berusaha untuk didapatkan rezeki yang halal. Dengan demikian sebagai seorang muslim yang taat kepada perintah agamaNya. Ia tidak sesekali akan menyuapkan dirinya, isteri dan anak-anaknya kecuali dengan suapan yang halal. Contohilah sikap dan kecekalansaudara Zullifan.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#SPAD #Teksi Krew MAS Jadi Pemandu Teksi. Daeng Selili Rating: 5 Friday, 12 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!