Saturday, 6 February 2016

#SPAD Pemandu Bas Pukul Penumpang Dalam Proses Tindakan Undang Undang

Kes yang melibatkan seorang pemandu bas ekpress dan dua orang mangsa itu yang diviralkan videonya oleh penumpang lain. Insiden bermula apabila mangsa sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara keagamaan sempena Thaipusam di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Pulau Pinang.


Mangsa yang berumur 35 dan 41 tahun itu telah dipukul beberapa kali dengan selipar, malah ditampar serta ditendang oleh pemandu bas terbabit dakwanya. Dan tidak habis disitu, ketika dalam perjalanan, Pemandu itu juga menggunakan bahasa yang kasar untuk memarahi mereka di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan seperti yang dilaporkan oleh pihak media.

Salah seorang mangsa berkata dia dan rakannya telah memohon maaf kepada pemandu bas tersebut kerana tindakan mereka memang tidak disengajakan.


Kedua-dua warga asing itu, yang merupakan pekerja sebuah restoran di Melaka, Pemergian mereka ke sana ditemani seorang ahli perniagaan tempatan untuk meraikan Thaipusam di Pulau Pinang. - video sini SINI

Kenyataan Media

SPAD MEMULAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PENGENDALI DAN PEMANDU BAS YANG TERBABIT DALAM KEJADIAN SALAH LAKU YANG DIPAPARKAN DI DALAM VIDEO VIRAL 

Suruhanjaya mengesyorkan pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang dimiliki pemandu. 

6 Februari, 2016 –Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melengkapkan siasatan berkaitan kejadian salah laku seorang pemandu bas ekspres terhadap penumpang ketika di dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang pada 25 Januari 2016 yang telah dipaparkan di dalam sebuah video viral. 

Berikutan siasatan yang telah dijalankan oleh SPAD pada 1 Februari, 2016 bersama syarikat bas ekspres, pemandu dan seorang saksi, SPAD telah memulakan tindakan undang-undang terhadap pengendali bas kerana melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas.

SPAD juga telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memohon pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) pemandu yang terbabit. Ini bermakna pemandu tersebut tidak akan dibenarkan memandu kenderaan pengangkutan awam darat di masa akan datang. Ekoran itu, pemandu berkenaan disahkan sebagai telah diberhentikan kerja oleh syarikat bas terlibat. Sementara itu, SPAD akan meneruskan kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang masih sedang berjalan terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa SPAD melihat kejadian salah laku seumpama ini, sebagai satu perkara yang amat serius. Suruhanjaya percaya bahawa tindakan yang diambil terhadap pemandu dan pengusaha bas akan menjadi peringatan keras kepada industri bagi memastikan pengusaha bertanggungjawab atas kelakuan pemandu dan untuk terus memberikan perkhidmatan yang baik kepada penumpang.

Kami menggesa orang ramai yang telah mengalami kejadian seumpama ini agar segera menghubungi kami melalui emel: aduan@spad.gov.my atau hotline ADUAN SPAD: 1-800-88-7723 (SPAD) bagi membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya. Dengan maklumat yang tepat, kami boleh memastikan pemandu yang tidak bertanggungjawab dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan.





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#SPAD Pemandu Bas Pukul Penumpang Dalam Proses Tindakan Undang Undang Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 6 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!