Tuesday, 16 February 2016

#RMHC #McDonaldsMalaysia Kenali 'The Charities Ronald McDonald House Malaysia'

The Charities Ronald McDonald House Malaysia (RMHC Malaysia) beroperasi bagi menjaga kebajikan masyarakat. RMHC ditubuhkan bagi menjaga dan memberi sokongan demi kesejahteraan kanak-kanak melalui konteks Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.


Rumah ini terletak di Pusat Perubatan UKM (PPUKM), Cheras. Ia telah ditubuhkan pada 1999 yang mana merupakan rumah pertama di rantau Asia Tenggara. Rumah banglo ini mengandungi 19 buah bilik. Tujuan utama pembinaan rumah ini adalah sebagai tempat tinggal sementara bagi keluarga yang tinggal diluar Kuala Lumpur sementara menunggu anak mereka dirawat. RMHC hanya mengenakan cas serendah RM 5.00 (Lima Ringgit Malaysia) untuk semalam.


Konsep ini dinamakan "Home Away From Home". Sehingga setakat ini, lebih 600 buah keluarga kurang berkemampuan telah menggunakan kemudahan ini terutama ketika sesi menunggu anak mereka menerima rawatan. Yang menariknya di sini, segala kemudahan yang terdapat dalam rumah ini adalah bantuan derma dari orang ramai dan McDonald's Malaysia sendiri.

Di bawah ini adalah beberapa keping gambar suasana di Rumah RMHC :








Kekemasan dan kongsep cara di rumah RMCH ini boleh dikatagorikan sebagai ‘Rumah Kedua’ bagi para penggunanya, jika dilihat dari bahagian ruang hadapan hingga ke ruangan permainan kanak kanak pastinya menjanjikan keselesaan dan sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada penghuninya.

Usaha sebegini wajar kita semua beri sokongan penuh walau ada segelintir diluar sana suka mengencam dan melabelkan McDonald’s Malaysia dengan pelbagai persepsi buruk tentang wang yang didermakan dibadan kebajikan sedangkan khidmat sosial yang telah dilakukan oleh pihak McDonald’s Malaysia ini adalah satu yang amat mula disisi masyarakat malah juga di tuhan. 

Dari penerangan yang dibuat oleh pihak McDonald’s Malaysia, Ditegaskan sekali lagi disini McDonald’s Malaysia bahawa adalah merupakan pendirian McDonald’s Malaysia untuk TIDAK TERBABIT serta menyokong mana-mana kegiatan politik, keganasan atau penindasan di seluruh dunia. [Rujuk]


Malah turut dinyatakan McDonald’s Malaysia bersimpati terhadap mangsa-mangsa yang tidak bersalah dalam mana-mana insiden dan tragedi kemanusiaan yang melanda diseluruh dunia.

Untuk maklumat lain lain bagi yang berkaitan boleh melayari http://rmhc.org.my/

Video pendek di bawah menceritakan secara umum sumbangan McDonald melalui RMHC :

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#RMHC #McDonaldsMalaysia Kenali 'The Charities Ronald McDonald House Malaysia' Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 16 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!