Saturday, 13 February 2016

Program Latihan Khidmat Negara Bermula 26 Mac 2016 #PLKN

Seramai 20,000 pelatih akan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengikut Program Transformasi PLKN 2.0 bermula 26 Mac ini.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor memaklumkan akan perkara itu dan para pelatih akan ditempatkan di 81 kem yang tersedia di seluruh negara bagi mereka mengikuti latihan selama lapan minggu.


"Inilah tahun pertama kita buat pengambilan di bawah Program Transformasi PLKN 2.0 dan ia hanya melibatkan satu pengambilan sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat MLKN Bilangan 1 Tahun 2016 di Kem PLKN Junaco Park, kira-kira 30 kilometer dari sini, lapor portal BERNAMA.

Dengan satu pengambilan itu, tumpuan dapat diberikan bagi menyediakan pelatih berkemahiran untuk memasuki fasa kedua latihan. Fasa itu akan memberi pendedahan kerjaya kepada para pelatih dimana agensi-agensi yang ada menawarkan latihan kemahiran termasuk Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Automotif Malaysia.

"Jangka masa latihan fasa kedua bergantung kepada jurusan yang diambil pelatih iaitu antara tiga sehingga 24 bulan. Ini akan membentuk generasi yang lebih holisitik, berjati diri, boleh bersaing dan mempunyai kebolehpasaran yang lebih baik bila meninggalkan program ini nanti," katanya.

Juga para ibubapa tidak perlu risau akan keselamatan dan kesihatan anak anak mereka kerana kem-kem PLKN yang terkini sudah ditambah baik dari segi prasarananya.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Program Latihan Khidmat Negara Bermula 26 Mac 2016 #PLKN Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 13 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!