Tuesday, 16 February 2016

Prasarana Mengadakan Sesi Latihan Simulasi Kecemasan #Prasarana #SPAD #MyRapid


Prasarana mengadakan latihan simulasi kecemasan di Stesen IOI Puchong dimana sambungan bagi Laluan Ampang akan beroperasi sepenuhnya dari BK5 - Putra Height bermula penghujung Mac 2016.


Sebagai persediaan untuk pembukaan fasa kedua Projek Penyambungan Jajaran LRT (LEP) Laluan Ampang pada 31 Mac ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melaksanakan Pelan Tindakan Kecemasan, yang melibatkan penglibatan penuh Polis Di Raja Malaysia (PDRM),Jabatan Bomba, pasukan perubatan dan agensi-agensi kecemasan lain di stesen baru IOI Puchong.

15 Feb 2016 : Bermula pada 10 pagi, latihan simulasi itu berlangsung selama satu setengah jam sebelum diisytiharkan tamat pada 11.30 pagi.

Sebelum latihan simulasi dimulakan, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Haji Ahmad Nizam Mohamed Amin mengingatkan tentang pentingnya aspek keselamatan diberi perhatian pada setiap masa.

“Urusan keselamatan ini, jangan sesekali kita ambil mudah. Sekali berlaku, walaupun kecil, akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada perkhidmatan kita. Bukan mudah untuk memenangi kepercayaan orang awam kembali.

“Sentiasa ingatkan moto Rapid Rail semasa bertugas – tiada kerja yang terlalu penting sehingga kita mengabaikan keselamatan,” kata beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif PRAISE, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman pula berkata latihan simulasi itu adalah penting untuk menguji tahap kesediaan dan kelulusan pembukaan fasa kedua LEP Laluan Ampang, yang dijadualkan pada 31 Mac ini.

“Ujian ini perlu untuk SPAD menyediakan laporan lengkap kepada Kerajaan bagi mendapat kelulusan bagi pembukaan laluan berkenaan. Latihan simulasi ini juga akan membantu pihak polis dan bomba untuk lebih mengenali tentang fasiliti-fasiliti di stesen-stesen kita,” kata Ir. Zohari.

PRAISE, atau Prasarana Rail and Infrastructure Project Sdn Bhd, adalah anak syarikat Prasarana yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan projek-projek infrastruktur pengangkutan awam seperti LEP.

Selain Laluan Ampang, projek penyambungan jajaran LRT ini turut melibatkan Laluan Kelana Jaya daripada Kelana Jaya ke Putra Heights dan akan dibuka sepenuhnya pada 30 Jun ini. Untuk Laluan Kelana Jaya, latihan simulasi ERP akan diadakan pada 14 April ini di stesen Subang Alam. - MyRapid


PELAN TINDAKAN KECEMASAN (ERP) 

Kecemasan / bencana adalah kejadian tidak dirancang yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Sesuatu insiden kecemasan / bencana akan merugikan syarikat dari segi harta benda, wang, masa, nyawa pekerja dan lain-lain kerugian. 

Sehubungan itu, adalah AMAT penting untuk sesebuah syarikat memastikan perancangan rapi dilakukan untuk menangani sesuatu kecemasan / bencana. ERP yang efektif akan memberi faedah berikut kepada syarikat :- 
  • Berupaya mengawal keadaan kecemasan / bencana. 
  • Mengurangkan kadar kerosakan harta benda. 
  • Mengurangkan jumlah yang mungkin tercedera / kehilangan jiwa. 
Mengenalpasti keadaan yang diklasifikasikan sebagai kecemasan / bencana hingga memerlukan tindakan segera seperti pengusian (evacuation). Contoh keadaan yang boleh diklasifikasikan sebagai kecemasan / bencana adalah :- 
  • Kebakaran. 
  • Letupan. 
  • Tumpahan / kebocoran bahan kimia berbahaya. 
  • Banjir. 
  • Ancaman (bom / rampasan). 
  • Gempa bumi. 
  • Terperangkap di dalam lif / kenderaan awam.
  • Dan sebagainya yang dikuatiri boleh mengancam keselamatan nyawa khususnya.





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Prasarana Mengadakan Sesi Latihan Simulasi Kecemasan #Prasarana #SPAD #MyRapid Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 16 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!