Friday, 19 February 2016

#PKJR #MCA "Jumlah Kemalangan Jalan Raya Meningkat Kepada 489,606 pada 2015" - Dato Sri @LiowTiongLai

Putrajaya , 18 Feb 2016 – Menteri Pengankutan, Dato Sri Liow Tiong Lai melahirkan rasa sukacitanya dengan perkembangkan tahap keselamatan jalan raya yang mana kini negara amat memerlukan pendekatan seperti kempen keselamatan jalan raya diperingkat nasional katanya pada majlis pelancaran Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikkan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) 2016 bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya.

Bercakap dihadapan hadirin terdiri daripada wakil Jabatan Pendidikan Malaysia, Dato Sri Liow menyifatkan pertemuan ini adalah gandingan lebih bermakna dalam memperjuangkan program keselamatan jalan raya diantara dua kementerian.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada YB Senator Tuan Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia atas usaha kerjasama antara kementerian kita pada hari ini. 


Keselamatan jalan raya merupakan salah satu tunggak utama bagi Kementerian Pengangkutan. Melalui Kementerian saya dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pelbagai inisiatif yang dijalankan secara berterusan bagi mengukuhkan mesej keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya. Kata beliau.

Ini lebih penting lagi memandangkan pada tahun 2015, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencatatkan lebih daripada 300,000 pemandu baru jalan raya. Oleh kerana itu inisiatif Projek Semakan Dan Pembangunan Semula Modul Keselamatan Jalan Raya (PKJR) 2016 disifatkan amat relevan dilaksanakan dimasakini.


“Jumlah kemalangan jalan raya sepanjang tahun 2015 telah meningkat kepada 489,606 berbanding 476,196 pada tahun sebelumnya. Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya juga meningkat kepada 6,706 berbanding 6,674 pada 2014. Ini bermakna secara purata kematian yang berlaku di jalan raya di negara ini adalah 18 orang setiap hari. 

Bayangkan kesan kepada setiap keluarga yang hilang ahli keluarga akibat kemalangan jalan raya” Ujar beliau.

Selari dengan komitmen ini, demi menambahbaik tahap keselamatan jalan raya negara, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 yang selari dengan Pelan Tindakan Sedekad Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) keselamatan Jalan Raya 2011-2020, akan dijadikan panduan bagi memudah cara serta membentuk kerjasama pelbagai pihak berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan bagi melaksanakan tanggungjawab dan tugas untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. 

Gandingan bersama antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan ini amat relevan dan sesuai bagi sama-sama menjalankan program khas untuk pelajar-pelajar sekolah terutamanya dalam pendidikan keselamatan jalan raya. 

Namun apa yang lebih penting lagi adalah program ini dijalankan dan memberi fokus kepada golongan akar umbi iaitu, anak-anak muda yang bakal membentuk masa depan negara. Diharap dengan program yang efektif ini, kita dapan memupuk pemikiran yang mementingkan keselamatan semasa berada di jalan raya. 

"Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ini." Katanya 

langsung Dato Sri Liow Tiong Lai melancarkan Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) 2016, Semalam.


Diharap dengan usaha dalam penyatupaduan dua kementerian ini kita dapat melahirkan generasi yang lebih beretika, waspada dan bertanggungjawab dalam menggunakan sistem jalanraya di Malaysia pada masa masa yang akan datang.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#PKJR #MCA "Jumlah Kemalangan Jalan Raya Meningkat Kepada 489,606 pada 2015" - Dato Sri @LiowTiongLai Daeng Selili Rating: 5 Friday, 19 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!