Monday, 1 February 2016

Perak Dan Kelantan Bakal Mengalami Suhu Sejuk Luarbiasa

Rakyat di Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan dan Perak bakal menikmati cuaca sejuk dan nyaman seperti musim bunga di kota London apabila suhu di negara ini dijangka turun sehingga 20 darjah Celsius sepanjang bulan Februari ini.

Menurut sumber daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fenomena itu berlaku berikutan angin sejuk di kawasan kutub utara yang terkumpul terlalu lama lalu mengakibatkan laluan luruan angin.

Luruan angin kutub utara itu ‘berpecah’ daripada sempadannya dan bertiup ke hemisfera selatan.

“Dalam beberapa hari lagi, luruan angin itu akan sampai ke utara Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman sekitar Perak dan Kelantan disebabkan faktor geografi yang berlatitud tinggi.

“Namun begitu, negeri seperti Perlis, Kedah dan sebahagian kawasan tanah rendah di Perak dijangka kurang terkesan dengan angin sejuk itu ekoran dipengaruhi suhu laut Lautan Hindi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. - kosmo

Beberapa bandar di negara ini pernah mengalami cuaca sejuk pada 2014 dengan Kuala Krai di Kelantan mencatatkan suhu sekitar 17 darjah Celsius.

Gambar hiasan

UPDATE :
Penafian oleh Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Perak Dan Kelantan Bakal Mengalami Suhu Sejuk Luarbiasa Daeng Selili Rating: 5 Monday, 1 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!