Tuesday, 23 February 2016

Nazri Minta Muhyiddin Letak Jawatan!

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO jika beliau tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.

Semasa membuat gesaan itu, beliau berkata Perlembagaan UMNO menyatakan dengan jelas bahawa tugas Timbalan Presiden parti itu adalah untuk membantu Presiden.

"Adalah menjadi satu kesalahan, jika Timbalan Presiden melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan tugasnya itu," kata Mohamed Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Menurutnya Muhyiddin juga silap bila beliau menyatakan bahawa Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak mengambil tindakan terhadap beliau kerana tiada bukti tentang kesalahannya itu.

"Sebelum Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, beliau (Muhyiddin) bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan perjumpaan terbuka yang digunakan untuk menghentam Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

"Sekarang, beliau masih lagi mempersoalkan isu seperti sumbangan RM2.6 bilion yang diumumkan selesai oleh Peguam Negara dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih lagi dalam prosiding siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara," katanya ketika ditemui pemberita semasa melakukan lawatan kerja di sini ,hari ini.

Mohamed Nazri berkata semua perkara itu bukti nyata yang menunjukkan Muhyiddin tidak bersama presiden, dan perbuatannya itu boleh dikenakan tindakan.

"Muhyiddin juga tidak lagi menjalankan tugas seperti mana yang diharapkan oleh perwakilan yang mengundi beliau untuk menyandang jawatan itu," katanya.

Mohamed Nazri berkata jika Muhyiddin enggan meletakkan jawatannya, beliau sendiri akan mengusulkan supaya Muhyiddin digantung keanggotaannya pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan datang. - BERNAMA


Saya hairan bagaimana kita ini kadangkala mudah dipengaruhi oleh orang lain. 

Orang yang mempengaruhi itu boleh jadi kebiasaannya tidak ada kaitan langsung dengan hidup kita. Malah, dia juga barangkali tidak mengenal diri kita. Apatah lagi berhubung pun mungkin tidak pernah. Kita juga belum tentu mengenal dirinya dengan begitu mendalam. Entah di mana hujung pangkalnya, tanpa disedari ‘dia’ telah menjadi sebahagian daripada diri kita. 

Siapakah ‘dia’? 

‘Dia’ boleh jadi seorang manusia. Ada kemungkinan ‘dia’ adalah sebuah adat dan budaya. ‘Dia’ juga tidak mustahil merupakan sebuah kebaikan dan kejahatan. ‘Dia’ boleh berubah bentuk dan warna bergantung kepada situasi tertentu. 

Mengapa kita kadangkala mudah berubah ke kiri dan ke kanan bagai lalang ditiup angin? Mujur juga lalang punya akar yang terbenam di dalam tanah. Jika tidak ia sudah terbang melayang ke mana-mana. 

Bagaimana pula dengan manusia? Apakah kita juga berakar seperti lalang ? Di mana letaknya akar bagi seorang manusia? 

Langkah seorang manusia berakar pada prinsip hidupnya. 

Tanpa menafikan manusia sering melakukan kesilapan dan cuai dalam situasi tertentu, kebiasaannya tindakan kita adalah lambang kepada prinsip yang dipegang. 

Prinsip seringkali berkadar dengan pengaruh. Prinsip yang berpijak di atas nilai dan ke’ilmuan yang benar akan menghasilkan pengaruh yang kuat dan teguh. Sebaliknya, prinsip yang terbina di atas rasa-rasa dan agak-agak sahaja hanya menghasilkan pengaruh yang lemah dan mudah dipengaruhi oleh prinsip di luar lingkungannya yang lebih berdaya pengaruh. 

Menjadi orang yang berprinsip itu mudah. Tetapi, menjadi orang yang mempertahankan prinsip itu lebih sukar dan payah. Kita tidak berbicara soal mempertahankan prinsip yang salah dan menyimpang. Fokus kita ialah pada menjadikan diri terikat pada prinsip yang benar dan berani mempertahankannya. 

Maka, oleh kerana yang benar itu lebih utama, semaklah diri di atas nilai apa kita berpijak. Beransur-ansur menukar prinsip yang salah kepada prinsip yang betul adalah tanda kepada orang yang berprinsip. 







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Nazri Minta Muhyiddin Letak Jawatan! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 23 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!