Monday, 15 February 2016

#NaikSamanTrafik "Beri Didikan Kepada Pengguna Jalanraya, Ini Lebih Efektif" - Datuk Seri Liow

Cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menaikkan kadar kompaun trafik bagi mendidik pesalah tegar yang melanggar undang-undang jalan raya masih di peringkat awal dan belum dimuktamadkan. 

Ia berkemungkinan lantaran sikap segelintir pengguna jalanraya yang hari ini yang dilihat tidak mematuhi undang undang jalan raya dan kekerapan melakukan kesalah yang berulang kerana jumlah kompaun yang rendah.



Walaubagaimanapun hal ini dalam peringkat cadangan demi mengurangkan dan mengawal pesalah trafik agar lebih berhati hati ketika menggunakan jalanraya dan sebagainya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataannya pula, menyifatkan kenaikan bayaran saman ini berkemungkinan tidak berapa berkesan dan hanya bersifat jangka pendek sahaja.

Dan beliau menyarankan jalan pencegahan yang terbaik adalah mendidik pengguna dan pemandu. Itu lebih baik kata Datuk Seri Liow.

"Pada saya saman berjumlah RM150 sudah agak tinggi , Kejara dan AES adalah lebih berkesan, kerana jumlah saman bergantung pada jenis kesalahan yang dilakukan oleh individu" Kata beliau.

Kejara dan AES merangkumi skop lebih luas dimana pemandu yang tegar dan degil berkemungkinan akan mendapati lesen mereka di gantung.

"Mereka yang berulangkali melanggar undang undang jalan raya akan menghadapi satu tahap dimana jumlah point kesalahan mereka akan menyebab kan lesen memandu mereka di batalkan, Ini lebih efektif dari menaikan saman" tambah beliau.

Datuk Seri Liow mengeluarkan kenyataan ini demi menjawap pertanyaan dari para wartawan apabila diajukan berkenaan pendapat Ketua Polis Negara mencadangan mahu menaikkan jumlah bayaran saman kerana ramai pengguna atas beberapa alas an.

"Pelbagai agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Institiut Keselamatan Jalanraya Malaysia , seharus nya bekerja secara kolektif walaupun kita semua ada cara yang berbeza untuk mendidik pemandu dan pengguna jalan raya berkenaan keselamatan" katanya.

Dalam masa yang sama Datuk Seri Liow dan Kementerian nya amat kuathir dengan statistik jumlah kematian dijalanraya yang meningkat kepada 6,607 tahun lalu. Kenyataan Datuk Seri Liow ini di ucapkan di Taman Merlimau Emas, Melaka.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#NaikSamanTrafik "Beri Didikan Kepada Pengguna Jalanraya, Ini Lebih Efektif" - Datuk Seri Liow Daeng Selili Rating: 5 Monday, 15 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!