Sunday, 21 February 2016

#MYBAS Di Ipoh Bakal Beroperasi Pada 1 April 2016 #SPAD



Pada 1 April nanti warga negeri Perak Darul Ridzuan bakal menikmati perkhidmatan bas henti henti baru yang lebih selesa dan canggih apabila MyBAS memulakan operasinya.

"Perkhidmatan di bawah jenama myBAS ini akan menawarkan pengangkutan awam yang lebih bersepadu, liputan rangkaian laluan yang lebih baik, laluan baharu serta perkhidmatan yang boleh dipercayai," kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara SPAD dengan syarikat The Combined Bus Services Sdn Bhd (TCBS).

Tan Sri Syed Hamid berkata myBAS adalah sebahagian daripada program Transfornasi Perkhidmatan Henti-Henti (SBST) yang dibiaya oleh Kerajaan yang sama seperti di Kangar dan Seremban yang telah beroperasi dengan jayanya bermula 15 November 2015 tahun lalu.


Majlis menandatangi perjanjian itu, SPAD diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azharuddin Mat Sah dan TCBS diwakili Pengarah Urusan, Dato Seri Cheong Fong Fitt. Syed Hamid menjadi saksi bagi pihak SPAD manakala TCBS diwakili Pengarah Eksekutif, Dato Cheong Peak Sooi. Lapor portal berita Agendaily.

Menurut beliau, perkhidmatan myBAS Ipoh akan meningkatkan jaringan bas daripada 132 kilometer dengan 12 laluan kepada 254 kilometer dengan 16 laluan.

Katanya lagi perkhidmatan itu akan diintegrasikan dengan stesen KTM serta melibatkan kawasan-kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan sebelum ini seperti Chemor, RTC Gopeng, Station 18, Menglembu, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, JUSCO Ipoh dan SMK Gunung Rapat. Ini bakal memberikan lebih jaringan perubungan antara kawasan Bandar.

Semua bas itu bakal dilengkapi Sistem Kedudukan Global (GPS) bagi membolehkan SPAD membuat pemantauan dan memastikan syarikat berkenaan menepati waktu, kekerapan operasi dan mempunyai sistem maklumat jumlah penumpang sekaligus memudahkan tugas pemantauan yang lebih efektif dan berkesan.

Syarikat TCBS yang sebelum ini telah membuktikan keupayaan mereka mengendalikan Perak Transit telah memberikan tawaran terbaik daripada empat syarikat yang memasuki tender terbuka.

Syed Hamid menjelaskan tidak ada perubahan tambang apabila myBAS memulakan operasi.

Di bawah program SBST, pada peringkat permulaan Kerajaan melaburkan RM100 juta bagi pelaksanaan program myBAS di beberapa bandaraya, bermula dengan Kangar (bermula 1 Ogos 2015) dan Seremban , diikuti Ipoh dan selepas ini Kuala Terengganu.

Malahan demi memastikan keselamatan para penumpang yang menggunakan perkhidamatan MyBAS, SPAD meletakkan syarat setiap myBAS tidak boleh melebihi usia tujuh tahun. Bagaimanapun bas-bas yang digunakan TCBS kini berusia dua tahun sahaja.





Untuk makumlan pembaca. Dalam pengetahuan penulis pada lewat tahun 90an perkhidmatan bas henti henti yang melalui Pekan Chemor (bermula dari Bandar Kuala Kangsar) dan Ipoh (berakhir di Medan Kit) melalui jalan lama Kuala Kangsar - Ipoh yang mana masa menunggu untuk satu bas adalah selama 40 minit hingga 1 jam.



Menyedari akan perkara ini, Walaupun pihak syarikat perkhidmatan bas (Masa itu syarikat reliance onibusmenambah bilangan bas untuk kekerapan laluan bas menghubungkan kawasan kawasan seperti dari sekitar Pekan Karai, Salak, Sungai Siput dan Klebang yang mana rata rata yang berkerja di sekitar bandaraya Ipoh

MyBAS adalah satu solution yang terbaik demi meningkatkan mutu perkhidmatan bas henti henti yang sangat releven di kawasan kawasan jangkaan akan dilaksanakan. Tahniah SPAD!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#MYBAS Di Ipoh Bakal Beroperasi Pada 1 April 2016 #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 21 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!