Monday, 1 February 2016

Mukriz Sedia Lepaskan Jawatan Menteri Besar, Esok?!

SEJAK beberapa hari yang lepas, spekulasi berkenaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disingkirkan bertiup kencang sehinggakan pihak istana turut diheret sama dalam kemelut ini.

Menurut sumber dalaman, jawatan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah akan berakhir esok. Mukhriz tidak mungkin akan memegang jawatan tersebut sehingga Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) yang akan datang memandangkan tidak ada ketua bahagian lain yang memberi sokongan kepada beliau untuk terus memimpin Kedah.

Petang tadi, seramai 20 daripada 21 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hadir pada majlis menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman.

Hanya Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir sahaja yang tidak hadir pada majlis yang diadakan di Blok E bangunan berkenaan. Majlis menghadap itu dipercayai diadakan berikutan krisis politik membabitkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Kenderaan yang membawa anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Tan Sri Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah tiba di Wisma Darul Aman pada 2.40 petang, diikuti seorang lagi anggota jemaah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah pada 2.55 petang. Pengerusi jemaah itu Tan Sri Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah pula tiba pada pukul 3 petang.

Sebelum ini ADUN dan anggota Parlimen Umno Kedah, dan pimpinan kanan Umno negeri, yang diketuai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyuarakan secara terbuka mengenai hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Tambahan pula Akuan bersumpah seramai 19 daripada 21 ADUN BN, iaitu 17 daripada Umno dan dua dari MCA, telah ditandatangani menyatakan hilang kepercayaan mereka terhadap Mukhriz. Hanya ADUN Jitra Datuk Aminuddin Omar yang tidak berbuat demikian.

Untuk makluman, pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menghadap Tunku Sallehuddin, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan di ibu negara bagi membincangkan pertukaran Menteri Besar.

Dengan pertukaran Menteri Besar Kedah ini kelak, Barisan Nasional akan dapat menumpukan fokus kepada melaksanakan janji-janji mereka kepada rakyat Kedah sebagaimana yang diikrarkan dalam PRU13 yang lepas. Janji akan tetap ditepati. sumber



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Mukriz Sedia Lepaskan Jawatan Menteri Besar, Esok?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 1 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!