Sunday, 7 February 2016

Misteri Jambatan Bunian Di Negeri Sembilan

Anda pernah dengar atau tidak mengenai cerita jambatan orang bunian yang dibina di lebuhraya menuju ke Port Dickson? Ia bukannya cerita tahyul tapi ini buktinya.


Jambatan ini dikatakan dibina untuk laluan orang bunian bagi mengelakkan kemalangan berlaku apabila bunian melintas di tengah-tengah lebuhraya.

Jangan kata ini artikel fitnah. Ini cuma untuk penjelasan sahaja. Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai cerita jambatan bunian di Port Dickson. Jambatan berkenaan terdapat di beberapa lokasi sepanjang jalan berkenaan.

Cerita yang tersebar kononnya jambatan berkenaan dibina untuk laluan bunian bagi mengelakkan kemalangan berlaku apabila bunian melintasi lebuhraya. Apatah lagi kemalangan kerap berlaku di kawasan berkenaan. 


Ada juga cerita yang mengatakan ada perjanjian antara manusia dengan bunian. Dua jambatan berkenaan dibina bagi mengelakkan malapetaka berlaku.

Misteri cerita jambatan bunian di Port Dickson akhirnya terjawab – Errkk... Macam pelik juga bunyinya. Bunian ni perlukan jambatan ke untuk lintas jalan? Bagaimana pula dengan cerita perjanjian antara manusia dengan bunian? Elak malapetaka? Fuh, makin suspen juga kami bila cari maklumat dan menulis pasal artikel ini.

Hmm.. Berdasarkan sumber awal, janganlah kita mudah percaya dengan cerita-cerita sebegitu. Bukan bermaksud kami nak menafikan kewujudan ‘mereka’ namun sebenarnya jambatan berkenaan dibina bagi laluan haiwan untuk melintasi jalan (wildlife crossing) dari dua kawasan hutan yang ada ditepi lebuhraya berkenaan. Kebanyakkan negara lain sudah lama mengaplikasi kaedah ini begi mengelakkan haiwan liar kemalangan.

Wildlife crossing di Netherland
Namun begitu, ada cerita lain juga yang keluar dari mereka yang tinggal di kawasan berdekatan. Ada yang mendakwa, jambatan berkenaan tidak boleh digunakan pun oleh haiwan kerana terdapat pagar yang menghalang laluan. Oleh itu mereka menafikan jambatan itu adalah untuk kegunaan haiwan liar melintas. 

Wallahuaalam...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Misteri Jambatan Bunian Di Negeri Sembilan Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 7 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!