Monday, 15 February 2016

#McDonaldsMalaysia Taja Rawatan Anak Bibir Sumbing Secara Percuma #GifOfSmile

McDonald’s Malaysia mewujudkan satu buah Persatuan badan kebajikan yang dikenali sebagai Ronalds McDonald House Charity Malaysia yang juga dikenali dengan nama singkatan RMHC pada tahun 1990.


Disepanjang tempoh 26 tahun ini McDonald's telah menyalurkan lebih 11 Juta Ringgit yang mana ia telah digunakan untuk memanfaatkan lebih 20,000 kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

McDonald's telah menyumbangkan lebih 900 Ribu Ringgit kepada pelbagai badan kebajikan di Malaysia menerusi kutipan amal ‘Prosperity Gives Back’ yang dilancarkan semenjak 2011.

Ronalds McDonald House Charity Malaysia (RMHC) mungkin ramai yang tidak menyedari akan peranan kebajikan khidmat masyarakat ini. Maka disini admin mahu berkongsi bersama pembaca antara tugas amal kebajikan yang telah dilaksanakan oleh RMHC. 

Antara kejayaan yang Berjaya diterjemahkan dari penubuhan RMHC antaranya adalah telah menaja kos rawatan pembedahan kanak kanak yang dilahirkan dengan kecacatan mulut sumbing atau ‘cleft lip’ 


lihat gambar adik Shakteesh salah seorang penerima sumbangan, Kita sendiri dapat melihat bertapa gembiranya dan berharganya senyuman adik ini selepas rawatan.

Sebelum ini adik Shakteesh merupakan pesakit bibir sumbing, Dalam penyelidikan umum boleh dikategorikan semua kanak-kanak yang mengalami penyakit bibir sumbing ini dilanda rasa kurang keyakinan diri dan malu untuk berkawan kerana mereka ini sering diejek oleh rakan-rakan mereka.

Selain berasa malu dengan kawan-kawan, pesakit bibir sumbing akan mengalami kesukaran untuk bertutur kerana mereka akan mengalami simptom suara kurang jelas (sengau).Dengan adanya bantuan RMHC, kini adik Shakteesh sudah mampu tersenyum dan menjalani kehidupan sempurna seperti kanak-kanak sebaya dengannya.

Ruangan dalam RMHC
RMHC telah menaja semua kos rawatan bagi memulihkan bibir sumbing. Sejak tahun 2004, RMHC telah membelanjakan lebih kurang 2 Juta Ringgit untuk membantu lebih kurang 350 orang kanak-kanak yang memerlukan rawatan pemulihkan bibir sumbing. Rawatan ini dinamakan sebagai projek "Gift Of Smile" telah membantu kanak-kanak yang terutamanya datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Pembiayaan oleh RMHC ini dilakukan tanpa sebarang bayaran balik, Dan sememangnya pasti keluarga, individu dan kanak-kanak yang telah dibantu akan ingat sumbangan RMHC sepanjang hayatnya.

Kecacatan seumpama ini biarpun tidak memberi kesan besar kepada pertumbuhan tubuh badan manusia tetapi sekiranya dibiarkan ia akan memberi kesan sangat besar kepada jangka masa panjang bagi seseorang kanak-kanak itu. Lantaran mereka akan kurang keyakinan diri, malu berhadapan dengan masyarakat dan akan ditertawakan oleh kanak-kanak lain ini mengundang kemurungan dan berkemungkinan tinggil putus asa dalam kehidupannya.

Sekiranya ada dalam kalangan pembaca yang ada anak-anak mengalami masalah bibir sumbing bolehlah memohon di laman web RMHC di http://rmhc.org.my/causes/rm-gift-of-smile/



Segala maklumat lengkap tentang program "Gift Of Smile" ada dipaparkan di situ. Walaubagaimanapun keutamaan diberi kepada keluarga yang berpendapatan dibawah RM 3,000 dan rawatan ini akan dibuat antara Hospital Pantai Kuala Lumpur atau Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

(Bagi keluarga yang tinggal di luar dari bandaraya Kuala Lumpur, RMHC turut menawarkan pakej penginapan semalam)

Bantuan pemulihan ini bukan terhenti setakat pembedahan sahaja, Rawatan susulan seperti rawatan pergigian, Orthodontics Service dan terapi pertuturan. Ini agar memastikan semua rawatan ini berjaya dan kanak-kanak tersebut pulih dengan baik seperti kanak kanak normal yang lain.

ATAU Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung disini :

Cik Norazizan Binti Manaf
Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia
Level 6, Damansara Uptown 3, Bgn. Tabung Haji
No.3 Jalan SS21/39, 47400 PJ, Selangor
Tel: 03 7843 3388 



Sekiranya anda mahu menjadi sukarelawan RMHC boleh rujuk http://rmhc.org.my/volunteer/. Sekiranya ada berhajat untuk menjadi sebahagian daripada penderma rujuk http://rmhc.org.my/donate/

McDonald's Malaysia amat prihatin dengan kegiatan kebajikan..bukan hanya di Malaysia, bahkan McDonald's di Amerika Syarikat turut amalkan kaedah yang sama untuk menunjukkan betapa mereka peka terhadap kegiatan kebajikan sosial ini.

Cumanya dasar negara Amerika semua dana akan disalurkan ke program ‘Matching Gift’ untuk sebarang aktiviti kebajikan mereka disana.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#McDonaldsMalaysia Taja Rawatan Anak Bibir Sumbing Secara Percuma #GifOfSmile Daeng Selili Rating: 5 Monday, 15 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!