Friday, 12 February 2016

#McDonaldsMalaysia Ada Cubaan Tipu Masyarakat Dunia!

McDonald’s dihambat dengan serangan serangan yang stategik secara jelas bertujuan untuk menguncupkan tahap penjualannya tidak kira di Malaysia mahupun diluar negara. Bermula dengan fitnah dan bukti bukti yang direka hinggalah tahap penyediaan makan ‘fast food’ ini dicipta dan difitnah meskipun ia telah dibuktikan tidak benar.

Lantaran mudahnya teknologi hari ini menyebarkan sebarang berita separuh benar dan palsu ini ramai terperangkap dalam pemainan perang spekulasi berunsur fitnah.


Di Malaysia khasnya, laungan ‘boikot McDonald’s’ acap kali diulang ulang oleh segelintir individu yang tidak menerima dengan terbuka penjelasan demi pejelasan yang dibuat oleh pihak McDonald’s Malaysia berkenaan penafian yang dibuat dari fitnah kononnya McDonald’s Malaysia menyumbang wang hasil urusniaganya kepada tabung Yahudi Israel sekali gus secara halus mengfitnah McDonald’s Malaysia menyumbang kepada pembantaian rakyat Palestin yang dizalimi tentera regim zionis lahanatullah.

Jika dilihat penjelasan yang dikeluarkan oleh pihak McDonald’s Malaysia sendiri. Isu boikot ini dilihat hanya sebagai pengalihan dari penyumbang sebenar dana kepada Israel yang mana hal ini direka reka oleh bahagian propaganda Yahudi diluar negara yang cuba mencari ‘kambing hitam’ dan sayangnya ia diterima mudah oleh rakyat Malaysia tanpa merujuk kepada fakta dan penjelasan yang kukuh oleh pihak McDonald’s Malaysia. 


Pada tahun 2012, ada seseorang pengkritik makanan melalui videonya cuba mengaitkan McDonald’s mengenai penggunaan peroxida (H2O2) dan amonia (NH3) dalam pemerosesan daging burger.

Dan secara terbuka telah melakukan penilaian sendiri mengenai penggunaan aditif tanpa rasa bersalah terus memuatkan kenyataannya didalam sebuah video untuk melakukan provokasi terhadap McDonald’s.

Dalam anggapnya sendiri dan tidak pernah menceritakan bahawa bahan yang digunakan bagi tujuan dalam makanan adalah yang telah diiktiraf oleh Food and Drug Administration (FDA) yang mana ianya selamat digunakan. Malah penekanan penggunaan bahan tersebut saolah olah McDonald’s tidak mengambil kira dalam soal keselamatan makanan untuk para pelangannya.

Butiran dari perkeliling yang dikeluarkan oleh 

TITLE 21–FOOD AND DRUGS, CHAPTER I–FOOD AND DRUG ADMINISTRATION, DEPARTMENT OF HEALTH AND HUMAN SERVICES telah mengesahkan bahawa bahan yang digunakan adalah selamat untuk manusia. Ini merupakan satu pembohongan besar  terhadap produk mudah saji. 

Berikut ini adalah lampiran kenyataan mengenai bahan yang digunakan dan disahkan selamat.

“The process of adding ammonia hydroxide is considered 
“generally safe” by the FDA, and thus the practise is not illegal.)”


Didalam klip video itu telah mempertikaikan US Food and Drug Administration (FDA) dengan tindakan memberikan keizinan penggunaan bahan tersebut didalam penghasilan makanan yang dihasilkan oleh McDonald’s sedangkan pengusaha barangan berasaskan daging juga turut menggunakan cara perawatan bahan mentah yang sama.

Fitnah mengatakan bahawa McDonald’s menggunakan MSM dalam ketulan daging ayam produk mereka adalah tidak benar sama sekali dan dan ia telah telah dikelirukan lagi dengan khabar angin terbaru yang mengatakan kualiti daging yang dibekalkan adalah setaraf makanan haiwan. 

Dalam masa yang sama ketika itu turut berlegaran video berskala 5 minit dimana didalam video tersebut menunjukkan sebuah jenterakaut mengangkat seekor lembu dan dicampakkan ke mesin pengisar yang bertajuk “Resepi rahsia disebalik kesedapan McD” sedangkan video itu adalah rakaman merujuk kepada cara pelupusan bangkai haiwan yang dijangkiti penyakit kuku dan mulut.



McDonalds secara rasminya tidak menggunakan MSM dalam produk mereka sejak dari awal operasinya dan McDonald’s lebih kepada penghasilan produk yang berasaskan daging segar dalam pembuatan produk makananya.

Di Malaysia, penghasilan makanan dan bahan mentah untuk McDonald’s dan juga syarikat syarikat pengeluaran barang makanan bersih dan halal ini adalah dikawal rapi oleh agensi agensi kerajaan manakala khasnya di McDonald's Malaysia yang amat menghormati seluruh pekerja dan pelanggarnya berkenaan status halal ini dan pihak McDonald's Malaysia menubuhkan unit Audit Halal Dalaman. Yang mana Jawatankuasa Halal Dalaman akan melantik pekerja Muslim bagi memastikan pematuhan standard piawaian halal yang ditetapkan sentiasa dipatuhi. mereka ditempatkan di keseluruhan pusat penghasilan bahan sehingga kepada kebersihan ruangan dapur.

Bagi di pihak Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Veterina juga menjalankan pemantauan mutu bekalan daging mentah agar ianya tidak dijangkiti penyakit demi keselamatan makanan. Apa yang pasti McDonald’s Malaysia sentiasa peka dan menetapkan prosedur yang ketat untuk menghasilkan keluran McDonald’s yang bermutu kepada warganegara Malaysia bahkan produk McDonald’s (MacFood) yang dihasilkan di sini mendapat tempat di negara negara Timur Tengah [Rujuk].

Hari ini pelbagai spekulasi yang diterbitkan dengan niat jahat temasuk apa yang dilakukan oleh segelintir pakar manipulasi dan spekulasi yang secara terang terang menuduh tanpa fakta ini membimbangkan kepada segelintir masyarakat di Malaysia seolah olah bahan mentah yang disajikan di diluar negara adalah sama di Malaysia.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#McDonaldsMalaysia Ada Cubaan Tipu Masyarakat Dunia! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 12 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!