Friday, 12 February 2016

#MCA #TARCollege Sabah Akan Dapat Kampus Kekal Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman.


Berita baik kepada bakal pelajar di Sabah dan Sarawak yang perminat untuk melanjutkan pelajaran mereka di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR) yang akan mula beroperasi April ini.

Datuk Wee Ka Siong berkata demikian semasa menghadiri Majlis Menyambut Rumah Terbuka Perayaan Tahun Baru Cina MCA di Kota Kinabalu, Sabah.



Pembinaan kampus kekal itu bakal memberi kemudahan kepada para ibubapa dan pelajar yang mahu berurusan dengan tawaran di Kolej TAR

Memandangkan pada sebelum ini para pelajar dari Sabah dan Sarawak terpaksa berjauhan dari keluarga dan kampung halaman lantaran menyambung pelajaran di Kolej TAR di semenanjung kerana tidak mendapat tempat di kampus yang sedia ada.

Datuk Wee yang juga Timbalan Presiden MCA mengulas kampus yang akan dibina itu terletak di Alam Mesra , berdekatan dengan sebuah lagi Universiti ia itu Universiti Malaysia Sabah atau UMS.


“Ini pasti sekali memberi faedah kepada para pelajar yang mahu mencari ilmu, Kolej Universiti TAR akan menjadi sebuah Kolej yang lengkap dan tiada lagi keperluan untuk pelajar Sabah untuk ke Kuala Lumpur” ujar beliau.

Turut bersama ada lah tetamu kehormat seperti Yang Di Pertua Negeri Sabah , Tun Juhar Mahiruddin dan juga Ketua Menteri Sabah Musa Aman. 

Juga tidak ketinggalan Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai juga turut hadir dalam majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina itu.


Ketika melihat sambutan itu penuh dihadiri masyarakat setempat yang datang beramai ramai Datuk Wee merasa begitu teruja dengan jumlah yang begitu ramai yang di adakan di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

“Kami berhasrat meneruskan momentum seperti ini dengan mengadakan lebih banyak program dan akitiviti di pelbagai kawasan” Ujar Wee.



Bekenaan apa yang diumumkan oleh Datuk Wee Ka Siong berkenaan Kolej Universiti TAR ini telah pun di umumkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pada tahun lalu dengan kos pembinaan diperuntukan sebanyak RM50 Juta , dimana ia akan dibina di atas kawasan tanah seluas 2 hektar dan akan menjadi kampus tetap semenjak TAR Universiti Kolej membuka pintu nya kepada pelajar dari Sabah pada tahun 2002.

Ketika ini TAR Kolej Universiti ini menyewa diatas sebuah premis di Penampang, Sabah.

Sambutan yang amat mengalakan oleh masyarakat Cina Sabah terhadap program yang di anjurkan oleh MCA ini akan terus dipertingkatkan lagi di pelbagai kawasan lain. Kata Datuk Wee Ka Siong



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#MCA #TARCollege Sabah Akan Dapat Kampus Kekal Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Daeng Selili Rating: 5 Friday, 12 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!