Monday, 15 February 2016

Malaysia Komited Untuk Mengurangkan Jejak Karbon! #MCA

Punca Kesan Rumah Hijau

Pelepasan gas karbon dioksida (CO2) dan gas mentana (CH4) ke udara semakin tinggi. Dalam seratus tahun kebelakangan ini jumlah pelepasan gas ini semakin meningkat di ruang udara atmosfera bumi kita. Peningkatan ini seiring dengan jumlah populasi penduduk dunia dan kegiatan ekonomi yang semakin bertambah saban tahun dan ini menjadikan bumi mengalami kesan rumah hijau.

Kesan  rumah hijau berlaku terjadi apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Kesan dari gas gas rumah hijau inilah menjadikan impak utama pemanasan global. Kesedaran permasalahan akan perkara ini kini semakin meluas tidak kira dari sektor industri, akademik malahan masyarakat dunia hari ini. 

Antara penyumbang utama terjadinya ini ianya berpunca dari menggunakan pengangkutan berbahan bakar petrol dan penjanaan elektrik oleh arang batu . Dan tidak terkecuali kegiatan harian seperti memasak, membuang sampah juga boleh menyumbang kepada penambahan gas ini. 

Oleh yang demikian pihak Kementerian Pengangkutan dibawah Dato Sri Liow Tiong Lai mengambil bahagian dalam usaha menghapuskan ‘jejak karbon’ yang dihasilkan oleh sektor penerbangan sepertimana dalam kenyataan media dibawah :-

KENYATAAN AKHBAR

OLEH YB DATO' SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN 

Liow: Malaysia Komited untuk Mengurangkan Jejak Karbon Sektor Penerbangan Perkukuhkan Jalinan dengan EU


Singapura - Kemampanan alam sekitar dan kerjasama yang lebih kukuh dengan Kesatuan Eropah (EU) adalah antara topik perbincangan utama yang dibangkitkan oleh Malaysia pada Singapore Airshow and Aviation Leadership Summit (SAALS) 2016.

Selaras dengan cadangan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk menangani pengurangan pelepasan karbon dioksida melalui Global Market-Based Measures (GMBM) oleh peserta penerbangan antarabangsa, Malaysia menyatakan sokongan untuk usaha ini, sambil memastikan bahawa langkah-langkah adalah selaras dengan dasar negara kita dalam pengurangan gas rumah hijau (GHG). Justeru itu, Malaysia akan mengambil bahagian dalam Global Aviation Dialogues (GLAD) yang akan diadakan pada Mac 2016 untuk membincangkan lagi isu berkenaan dasar konsep dan aplikasi draf.

Inisiatif-inisiatif di bawah GMBM termasuk daripada teknologi pesawat, peningkatan operasi, juga skim GMBM dan bahan api alternatif yang menyumbang kepada faedah alam sekitar dalam sektor penerbangan.

Kerjasama antarabangsa adalah tunggak penting untuk memastikan kemajuan yang berterusan bagi sektor penerbangan awam negara. Dalam sidang kemuncak tersebut, Malaysia menyatakan bahawa ia komited untuk mengkaji dan memberi sokongan sepenuhnya terhadap Perjanjian Komprehensif Pengangkutan Udara (CATA) di antara Kesatuan Eropah dan ASEAN. Perjanjian itu adalah untuk mengukuhkan lagi kerjasama ASEAN - EU bagi penerbangan awam dengan tujuan mempromosikan perjalanan udara di antara kedua-dua rantau dan meningkatkan keselamatan dan pengawasan penerbangan.

Memandangkan Malaysia adalah salah satu penyumbang utama dalam sektor penerbangan ASEAN yang semakin meningkat, pastinya ia akan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di rantau ini. Dengan itu, kami berharap perjanjian ini akan dapat capai kesepakatan tidak lama lagi kerana ia dijangka membawa manfaat ekonomi kepada negara dan ASEAN.

Selain itu, dalam satu forum bersama Dr Olumuyiwa Benard Aliu, Presiden Majlis ICAO, Malaysia sekali lagi menjelaskan komitmennya dari segi pematuhan kepada Standard ICAO dan Amalan – Amalan yang Disyorkan (SARPS) sebagai satu usaha penting untuk memastikan keselamatan dan pengawasan dalam ekosistem penerbangan.

Sejurus dalam menyokong inisiatif ‘No Country’ Left Behind’ oleh ICAO, Malaysia sebelum ini telah menandatangani MoU dengan Suruhanjaya Penerbangan Awam Latin Amerika (LACAC) dan Suruhanjaya Penerbangan Awam Afrika (AFCAC), termasuk juga Perjanjian Kerjasama dengan Persidangan Penerbangan Awam Eropah (ECAC), di mana Malaysia telah berpegang teguh untuk menyediakan pembangunan kemahiran dan latihan kepada kakitangan penerbangan di dalam blok serantau, terutamanya kursus-kursus SARPS di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

Kursus-kursus MTCP yang dijalankan oleh Akademi Penerbangan Malaysia (MaVa) telah dicalonkan sebagai pusat latihan penerbangan bagi kakitangan penerbangan di seluruh dunia.

Malaysia akan terus menyokong usaha dan langkah-langkah ICAO selari deangan usaha untuk sentiasa meningkatkan piawaian penerbangan awam di peringkat global. 
.
[TAMAT]


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Malaysia Komited Untuk Mengurangkan Jejak Karbon! #MCA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 15 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!