Tuesday, 2 February 2016

Gadis Ini Jual Kopi Tepi Jalan?! #2Kerja

Tahniah buat siswazah (gambar) ini yang mampu mengunakan kecerdasan akal  dan tidak hanya merungut tidak cukup makan di Facebook. Berniaga 'out of the box' di Simpang Hill Creast Seri Gombak dari 8 pagi sampai 11 tengah hari. - Gambar Facebook Khairul Rizal Osman


Hidup pelajar sempit dengan alasan kos sara hidup meningkat meskipun ada menerima biasiswa dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi negara (PTPTNN).

Memang benar kos sara hidup meningkat dan harga makanan juga meningkat dan banyak lagi yang meningkat dan tidak ada didunia ini segalanya jadi murah kecuali murahnya kita sendiri dalam beribadat (derma kepada yang memerlukan). Oleh itu dalam hal ini, kita perlu bijak memastikan perbelanjaan dan menentukan keutamaan.

Ada juga gelagat yang memekak tak ada duit nak makan tapi bila keluar duit beli smart phone baru ada pula?

Maaf cakaplah, memanglah tidak akan cukup duit jika pakai telefon bimbit yang saban waktu perlu beli kad top up. Lebih parah apabila ada tabiat merokok,   atau trend sekarang rokok elektronik atau vape yang berdebus-debus asapnya sampai bos aku sendiri nyaris nak "pasu bunga" muka pengisap vape yang tak hormat jemaah surau!

Kalau pun betul ada yang kesempitan wang sampai tidak cukup wang untuk membeli makanan, janganlah biarkan diri merana sampai berhari-hari tidak makan walaupun ada yang suka tak makan sbb nak diet (korang pau la orang nak diet tu hahaha). Cuba minta tolong kawan, pihak universiti atau majlis perwakilan pelajar (MPP).

Cuma dalam hal makanan ini, tidak wajar jika semua pelajar yang beranggapan kerajaan turut bertanggungjawab menjaga perut mereka walaupun tak mampu mereka sendiri mengawal nafsu berfesyen dan bertrendy!

Pelajar-pelajar yang sihat dan bukan lagi anak-anak kecil itu sepatutnya memikul tanggungjawab untuk mencari sendiri makanan atau wang tambahan seperti yang dilakukan oleh contoh gambar diatas!

Pelajar pelajar yang berada di IPTA/IPTS adalah yang terpilih dari ratusan ribu para pelajar lain yang memohon. Sudah tentulah mereka mempunyai daya intelektual yang tinggi untuk berfikir bagaimana untuk menambah kewangan, sudah tentunya menerusi cara yang halal dan jelas ia satu kemahiran kendiri yang mudah.

Cuba cubalah keluar daripada zon selesa, Pergunakan kudrat yang ada dan carilah kerja sambilan.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Hari ini Malaysia berduyun duyun pekerja asing dan pendatang tanpa izin (PATI) yang sanggup meninggalkan kampung halaman atau meredah lautan luas kerana adanyan di Malaysia ini bagaikan 'lubuk emas' bagi mereka mereka!

DAN Jangan pula nanti menjadikan kerja sambilan sebagai alasan keputusan GPA atau CGPA merudum! Kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak?!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Gadis Ini Jual Kopi Tepi Jalan?! #2Kerja Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 2 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!