Friday, 19 February 2016

Felda Terima Bekas Penagih Kerja Di Ladang #FGV #Felda #FeldaDihatiku

Seramai 1,000 Orang bekas pelatih Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dipilih dan ditawarkan untuk berkerja bermula pertengahan Mac 2016 ini didalam sektor perladangan di 20 kawasan ladanf Felda dan Felda Flobal Venture (FGV)

Kesemua bekas penagih yang dipilih akan ditawarkan untuk berkerja didalam sektor itu untuk tempoh masa dua tahun dan akan ditempatkan secara berperingkat di ladang menerusi Program Minyak Sawit Untuk Kehidupan (Oil Palm For Life - OPAL)

Menurut laporan dari berita Bernama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata, pemilihan peserta bermula pada bulan ini menerusi program jelajah ke Pusat Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) di seluruh negara.



Program “Oil Palm For Life” (OPAL) ini diharapkan akan memberi peluang kedua kepada bekas penagih najis dadah untuk memulakan kehidupan baru dan sekaligus membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing.

Untuk pemulaan 50 orang kumpulan pertama akan ditempatkan di ladang Felda Serting, Negeri Sembilan dengan bayaran gaji minima RM900, selain diberi kemudahan asas, asrama, pengangkutan dan sebagainya.

Disamping itu pelatih yang dipilih akan turut mengikuti program kerohanian, motivasi dan kaunseling bagi menyediakan peserta untuk berdikari dalam masyarakat sepanjang tempoh tersebut.

Laporan BERNAMA :


Inisiatif yang di lakukan oleh Felda dan FGV adalah satu kerja kebajikan yang murni dan secara tidak langsung bakal merubah nasib para bekas penagih kepada kehidupan yang lebih baik. Masyarakat Malaysia sendiri sukar menerima bekas penagih ini lantaran takut dikritik sedangkan didalam islam sendiri menganjurkan agar kita saling berkasih sayang sesama muslim. 

Allahu Subhanahu wa Ta'alaa berfirman :
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka.
(QS. Al-Fath : 29)


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Felda Terima Bekas Penagih Kerja Di Ladang #FGV #Felda #FeldaDihatiku Daeng Selili Rating: 5 Friday, 19 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!