Sunday, 21 February 2016

#FELDA #Bauksit Bantuan Ditentukan Selepas Moratorium Berakhir - Pengerusi Felda #FeldaDihatiKu

FELDA akan beri bantuan kepada peneroka yang terjejas pendapatannya berikutan pelaksanaan moratorium perlombongan bauksit di Bukit Goh, Kuantan. Pahang. Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Felda sendiri Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Tan Sri Mohd Isa berkata, Felda hanya mempertimbangkan sebarang bantuan kepada peneroka yang terjejas selepas keputusan sama ada aktiviti itu akan diteruskan dengan garis panduan yang atau sebaliknya pada april nanti.

"Kalau tanya saya pasal perancangan sekarang untuk membantu peneroka (yang terlibat perlombongan bauksit dan terjejas pendapatan)... masih terlalu awal.

"Tidak tahu lagi sama ada perlombongan bauksit ini diteruskan ataupun tidak, selepas itu baru boleh kita tengok bahagian mana yang boleh tolong peneroka," Lapor portal BERNAMA.

Tan Sri Mohd Isa mengingatkan dan meminta para peneroka yang terlibat bersabar terlebih dahulu sementara menunggu keputusan dari pihak Kerajaan yang kini sedang mengenal pasti garis panduan baharu yang efektif bagi meneruskan aktiviti perlombongan tersebut.

Jawatankuasa Penyelaras Bertindak Bauksit Bukit Goh memaklumkan sebanyak 248 daripada 671 peneroka di Felda Bukit Goh terlibat dengan perlombongan itu yang membabitkan 33 pengusaha bauksit.





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#FELDA #Bauksit Bantuan Ditentukan Selepas Moratorium Berakhir - Pengerusi Felda #FeldaDihatiKu Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 21 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!