Sunday, 21 February 2016

Datuk Ehsanuddin Rai Kaum India Kota Tinggi Di Pesta Ponggal

Untungnya kita di Malaysia dapat menikmati pelbagai adat budaya berbilang bangsa di sini, Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu orang Melayu Cina dan India. 

Oleh dengan itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. 

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam media elektronik, surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.
Datuk Noor Ehsanuddin (tengah) berbaju biru dimajlis tersebut.
Dikongsikan disini kemarin Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid hadir menyempurnakan majlis perasmian "Pesta Ponggal  Muafakat BN Kota Tinggi" anjuran MIC Bahagian Kota Tinggi.

Pesta yang bermula pada jam 2.00 petang itu mendapat sambutan yang menggalakan dari para penduduk yang berbangsa india di sekitar lokasinya di KIP Mart Kota Tinggi.


Antara aktiviti yang berlangsung pada hari itu adanya pertandingan pecah periuk tanah, mengayam thoranam, menghias kolams, mengikat bunga, mewarna dan perlawanan alakurani.

Ini adalah salah satu contoh penting peranan seorang pemimpin hari ini yang sentiasa berlapang dada dan sentiasa dekat kepada rakyat tidak mengira latar kaum ataupun agama.




Apa itu pesta pongal?

Perkataan "Pongal" adalah ‘masa menuai’ menandakan masa untuk orang Tamil tuai hasil tanaman dan disambut pada permulaan bulan Thai mengikut kalendar Tamil. Ada juga kelompok yang menganggap Pongal sebagai tarikh tahun baru. Perayaan Pongal biasanya diraikan setiap pertengahan bulan Januari bagi meraikan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara oleh penganut agama Hindu. Perayaan ini disambut selama empat hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.

Perayaan Pongal juga dianggap sebagai hari kesyukuran kepada tuhan pemberi rezeki untuk memperoleh makanan dan air yang cukup, tempat tinggal yang sempurna dan keluarga yang bahagia dan juga membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga. Penyediaan juadah berasaskan sayur-sayuran kampung pula mendidik generasi muda mengenali masakan asli nenek moyang mereka.

Di awal pagi mereka akan menghiasi rumah dengan kolams (hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan) di pagi Hari Pongal. Kolams dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan. Seterusnya, bapa akan mengikat tebu dan daun mangga di pintu rumah bagi menceriakan suasana. Upacara mengikat tebu dan daun mangga di pintu adalah upacara turun temurun orang Tamil sejak dulu.

Empat buah dapur kecil turut diletakkan atas kolams. Pada masa yang sama, beberapa buah periuk tembaga dan perak yang dihiasi daun mangga, daun kunyit dan pewarna Kum Kum juga ditempatkan di situ sebelum upacara bermula. 


Kredit: PESTA PONGAL -Rathnah Kunalan




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Datuk Ehsanuddin Rai Kaum India Kota Tinggi Di Pesta Ponggal Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 21 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!