Wednesday, 17 February 2016

Cara Tanggalkan Stiker Roadtax Dengan Mudah #DIY

Masalah ini sering terjadi apabila kita cuba menanggalkan Roadtax yang telah tamat tempoh.

Pasti ramai di luar sana mempunyai masalah untuk menanggalkan Roadtax di cermin kereta. Ada yang mengeluh terutama apabila semasa proses menanggalkan Roadtax ini telah merosakkan tinted dan ada pula yang malas untuk menanggalkannya lalu membiarkan. Sehinggakan dari Kelantan boleh kenal kereta tersebut lantaran rare sungguh Roadtax expired penuh di cerminnya

Kat sini kami nak kongsikan macam mana cara nak menanggalkan Roadtax kereta dengan mudah.

Bahan utama untuk menjayakan misi ini adalah :
  1. Kain
  2. Air Panas
  3. Sepasang tangan (tak ada tangan tak boleh buat)

Seterusnya korang hanya perlu ikut langkah di bawah.

Langah 1 : Rendam kain didalam air yang betul panas. 


Langkah 2 :- Selepas selang beberapa minit alih kain tersebut, letak kain seperti dalam gambar diatas.


Langkah 3 : Biarkan seketika kain panas ditempat tersebut, mula tanggalkan Roadtax itu mengikut dalam gambar diatas. (Tarik dari kanan ke kiri)


Tadaa.. Lihat!!!
 stiker Roadtax berjaya ditanggalkan semuanya tanpa perlu anda terhendap hendap macam musang dalam kereta.

Selamat Mencuba!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Cara Tanggalkan Stiker Roadtax Dengan Mudah #DIY Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 17 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!