Tuesday, 23 February 2016

Bilik Sensori Rangsang Deria : McDonald’s Malaysia Prihatin Pada Golongan Istimewa #McDonaldsMalaysia


Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun output yang berguna. khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan mayarakat. 

McDonald’s Malaysia Prihatin terhadap anak anak yang mengalami masalah perkembangan kognitif yang perlahan. 

Pada entry hari ini, ingin dikongsikan bahawa McDonald's Malaysia ada mempunyai sebuah program khas Khidmat masyarakat untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan kognitif yang perlahan. Melalui program ini, McDonald's Malaysia telah membina Bilik Sensori (Sensory Room) yang dinamakan dengan nama "Ronald McDonald Sensory Room (RMSR)". 


Setiap anak lahir dengan kemampuan yang berbeza beza, seiring dengan lumrah kejadian alam yang menyatakan bahawa setiap anak yang lahir di dunia ini ada karekter yang berlainan dan keunikannya masing-masing. Setiap anak ada keistimewaannya dan juga tidak pernah lepas dari masalah antaranya kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan kognitif yang perlahan. 

Masalah ini adalah berpunca dari otak bawaan sejak lahir disebabkan perkembangan otak pada semasa janin yang mengalami gangguan. 

Sindrom yang biasanya dikesan mereka mereka sukar mengingati huruf, angka, kesulitan dalam mengiramakan kata kata, mengenal posisi (dimana) bunyi dan memisahkan kata setiap perkataan. 

Menurut kajian yang dilaporkan anak dengan masalah perkembangan kognitif adalah anak yang mengalami gangguan di satu atau lebih proses dasar psikologi termasuk, memahami dan menggunakan bahasa 

(verbal dan tulisan), yang memberi kesan pada kemampuan mendengar, berfikir, berbicara, membaca, menulis, mengeja dan kira kira. Ia termasuk juga gangguan berfikir, kerosakan otak, fungsi  minimal otak, disleksia, dan aphasia. 

Penyebab terjadinya masalah perkembangan kognitif pada seorang  anak adalah: 

• Faktor fisiologis, seperti kerosakan otak, keturunan, dan ketidak seimbangan proses kimia dalam tubuh badan. 

• Faktor lingkungan, diet yang buruk, keracunan dan lain lain. 

Karekter anak yang berdepan dengan masalah perkembangan kognitif adalah: 

• Berkaitan dengan psikologi perkembangan, persepsi, gangguan memori, proses berfikir. 

• Dalam akademik, bermasalah pada kegiatan membaca, menulis, matematik dan berbahasa verbal 

• Secara sosial dan emosional, umumnya memiliki tahap keyakinan diri yang rendah kerana dianggap sebagai anak yang lemah @ terencat. Oleh itu anak ini akan mengganggap dirinya tidak mampu untuk melakukan sesuatu. 

• Secara perilaku, mereka menjadi sukar untuk mengendalikan gerak tubuhnya, tidak mahu duduk diam (gelisah), bertutur dengan baik, melakukan agresi fisik dan verbal 

Ciri ciri dari anak yang mengalami kesulitan terjadinya masalah perkembangan kognitif adalah : 

• Menghindari, enggan dan mengalami kesukaran dalam melaksanakan sesuatu tugas yang memerlukan penumpuan, perhatian dan aturan. 

• Sering menghilangkan benda benda (alatan) yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas atau kegiatan lain. 

• Sukar memberi perhatian pada masa melaksanakan sesuatu tugas atau kegiatan bermain (perhatian mudah teralih) 

• Mengalami kesulitan bercampur gaul di dalam kelas / sekolah. 

• Selalu terlupa dengan kegiatan seharian. 

• Pada waktu melaksanakan tugas, Dilihat seperti mengelamun. (Sering berhalusinasi) 

• Tidak mampu mengikuti arahan dan gagal menyelesaikan tugasan kelas. 

Bilik Deria Sensori (Sensory Room) 


Bilik sensori ini dilengkapi dengan peralatan yang diimport khas dari United Kingdom bagi merangsang perkembangan lima deria utama kanak-kanak iaitu Visual, Pendengaran, sentuhan, Bau, dan Rasa. Kelengkapan yang ada pada bilik ini akan memberi terapi yang baik dalam sesi pemulihan untuk membantu perkembangan mental kanak-kanak yang bermasalah.. 


Di Malaysia sahaja, McDonald's telah membina dan memiliki sebanyak 21 buah bilik sensori di seluruh negara. Semua bilik ini dilengkapi dengan peralatan yang canggih yang bersesuaian untuk membantu anak anak yang memerlukannya. 


Di bawah ini kami sediakan senarai lokasi dan nombor untuk dihubungi sekiranya ada dikalangan anda yang mahu menggunakan khidmat bilik deria sensori yang disumbang McDonald's Malaysia di seluruh Malaysia :- 

The Society For the Severely Mentally Handicapped Selangor and Federal Territory (SSMH), Petaling Jaya, Selangor 
Hubungi : 03-78746703 

Bethany Home, Teluk Intan, Perak 
Hubungi : 05-6411276 

Agape Centre, Sibu, Sarawak 
Hubungi : 084-332036 

Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Kuala Lumpur 
Hubungi : 03-4257 9818 

Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), Kota Bahru 
Hubungi : 09-7742033 

Taman Sinar Harapan Kuala Trengganu, Terengganu 
Hubungi : 09-6221721 

National Autism Society of Malaysia (NASOM), Kuantan 
Hubungi : 09-5671070 

Spastic Children’s Association of Johor, JB 
Hubungi : 07-2235452 

Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal Seberang Perai Tengah 
Hubungi : 04-5397568 

Sekolah Seri Mengasih, Kota Kinabalu, Sabah 
Hubungi : 088-223221 

Hopehaven Centre for Special Children, Malacca 
Hubungi : 06-2832101 

Special Children Society of Ampang, Selangor 
Hubungi : 03-42568719 

Sekolah Semangat Maju Ipoh, Perak 
Hubungi : 05-5470186 

Perkata Special School Kuching, Sarawak 
Hubungi : 082-426301 

Calvary Victory Centre Johor Bharu, Johor 
Hubungi : 07-556 3311 

Persatuan Untuk Orang-Orang Pekak Tawau, Sabah 
Hubungi : 089-714526 

Spastic Children’s Association of Selangor & Federal Territory 
Hubungi : 03-79567511 

Rumah Amal Kulim 
Hubungi : 04-495 3271 

Pusat Pembangunan Potensi CADS KL & Selangor, Jalan Duta, Kuala Lumpur 
Hubungi : 03-20951218 

Pertubuhan Perkhidmatan Intervensi Awal 
Hubungi : 07-4352145 

Down Syndrome Centre Lions Club Kota Bharu, Kelantan 
Hubungi : 09-7437550 

Pusat Jagaan Horizon 
Hubungi : 06-7631513 

Anda boleh terus menghubungi no telefon yang tertera diatas atau lawati laman sesawang http://rmhc.org.my/causes/rmhc-sensory-room/ untuk mendapat maklumat terperinci berkenaan program ini. 

Untuk makluman semua, McDonald's Malaysia telah membelanjakan lebih 1.6Juta Ringgit bagi program ini dan kos untuk membina sebuah bilik berharga mencecah RM 90,000. 

Dan semenjak "Ronald McDonald Sensory Room" yang beroperasi dari tahun 1999, lebih kurang 5,000 kanak-kanak telah mendapat manfaat melalui program kebajikan McDonald's Malaysia ini. 


Raja Zarith Sofiah mendengar penerangan daripada S. Ramesh Babu pada majlis Perasmian Bilik Sensori Ronald McDonald di Persatuan Kanak-Kanak Spastik Johor

Pada 6 Mei 2010 Persatuan Kanak-kanak Spastik Johor telah dirasmikan Sultanah Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Raja Zarith Sofiah dalam titah baginda berharap usaha yang dilakukan oleh RMHC itu harus dicontohi oleh syarikat korporat lain dan dilakukan secara berterusan. 

"Saya mengharapkan dengan adanya kemudahan itu, ia memberi sinar lebih bermakna kepada golongan istimewa ini," titah baginda. [rujuk] 

Jelas pelbagai pihak senang dengan usaha murni dari pihak McDonald's Malaysia, kita seharusnya sebagai warganegara Malaysia yang prihatin akan keperluan khidmat Masyarakat seperti ini bukan sekadar mengecam McDonald's dengan sentimen sentimen yang berbau fitnah tanpa sebarang bukti dan fakta yang kukuh terhadap khabar angin yang dilemparkan kepada McDonald's Malaysia.

Dari segi agama, Islam menuntut manusia tolong-menolong dalam perkara yang memberi kebaikan kepada mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2, maksudnya:

"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Dijelaskan bahawa ayat ini menerangkan suruhan Allah SWT kepada orang mukmin untuk saling bantu-membantu melakukan kerja-kerja yang baik dan bertakwa menjauhi perkara yang mungkar serta melarang mereka daripada melakukan perkara yang batil, dosa dan maksiat. 

Dan menegaskan bahawa pengertian dosa ialah tidak menunaikan perkara yang disuruh Allah SWT dan maksud pencerobohan dalam ayat di atas ialah melampaui had-had yang Allah SWT tetapkan dalam urusan agama dan melampaui ketetapan yang difardhukan ke atas diri manusia sendiri dan juga manusia yang lain.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bilik Sensori Rangsang Deria : McDonald’s Malaysia Prihatin Pada Golongan Istimewa #McDonaldsMalaysia Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 23 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!