Tuesday, 16 February 2016

#Bauksit "Hanya Lori Paka Sahaja Dibenarkan" - Datuk Seri @LiowTiongLai

Datuk Seri Liow Tiong Lai di Kementerian Pengangkutan telah menetapkan hanya lori jenis paka yang tertutup sepenuh di bahagian belakang sahaja yang akan dibenar untuk mengangkut bauksit selepas tempoh moratorium perlombongan bahan mineral itu berakhir pada April ini.

Sebelum ini kabinet memutuskan aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang mencetuskan kebimbangan risiko pencemaran alam sekitar dan bantahan meluas penduduk dihentikan sementara.

Keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet itu disifatkan tepat selepas berlaku perubahan ketara kepada alam sekitar termasuk air sungai dan laut berhampiran bertukar menjadi kemerahan.


Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, itu merupakan antara perkara yang terkandung dalam garis panduan pengangkutan bauksit yang ditetapkan pihak kementerian dalam usaha mengelak masalah pencemaran udara, debu dan kesesakan jalan daripada berulang sekali lagi.

"Kita telah ada garis panduan yang jelas kepada pemandu lori yang mana hanya lori jenis paka sahaja yang dibenarkan untuk mengangkut bauksit.

"Ini kerana lori jenis itu dapat mengangkut bauksit tanpa terjatuh di atas jalan raya seperti lori yang biasa digunakan sebelum ini," katanya pada wartawan BERNAMA kemarin.

Selain itu, katanya kesemua lori lori yang berkenaan dengan operasi ini hanya akan dibenarkan melalui laluan tertentu untuk mengangkut bahan mineral itu ke stor penyimpanan.

"Kita juga telah menetapkan Pelabuhan Kuantan bukan lagi kawasan stor penyimpanan bauksit. Kita tidak mahu pelabuhan itu menjadi kawasan yang bersepah dengan bauksit tanpa kawalan.

"Pelabuhan Kuantan juga kita telah minta mereka mengehadkan jumlah bauksit yang disimpan di kawasan pelabuhan. Contohnya kalau ia hanya boleh tampung 1.5 juta tan metrik, mereka hanya boleh terima setakat itu sahaja," kata Liow.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bentong berkata langkah itu adalah bagi memastikan pelabuhan serta jalan di sekitarnya tidak tercemar dengan bauksit seperti yang berlaku sebelum ini.

Beliau menambah, garis panduan dan kawalan yang lebih jelas akan diedarkan kepada pihak yang terlibat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad setelah ia diperhalusi dan diperkemaskan dengan agensi yang berkenaan.

"Kita di peringkat kementerian sudah menyediakan garis panduan pengangkutan bauksit yang jelas yang akan diberi kepada pengusaha lombong bauksit.

"Ia bagaimanapun perlu dibincangkan dalam sekretariat bersama agensi dan jabatan lain yang berkepentingan yang diketuai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar," kata Liow.

Sebelum ini, Isu bauksit ini juga telah menjadi viral di media sosial kerana belakunya pencemaran alam sekitar yang hampir tidak terkawal dan mendapat bantahan penduduk tempatan.

Meskipun begitu ada juga dikalangan para pelombong bauksit sendiri membantah usaha kerajaan memutuskan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit selama tiga bulan bermula 15 Jan 2016 yang lalu dengan alasan menutup hasil pencarian mereka.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#Bauksit "Hanya Lori Paka Sahaja Dibenarkan" - Datuk Seri @LiowTiongLai Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 16 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!