Thursday, 25 February 2016

AES dan KEJARA Akan Digabungkan - Datuk Seri Liow Tiong Lai #AES #KEJARA #AWAS

Kementrian Pengangkutan bakal mengabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) untuk mengurangkan jumlah kemalangan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata gabungan kedua-duanya nanti akan dikenali sebagai AWAS iaitu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik.

“Sistem baharu ini bertujuan mengurangkan kemalangan. Selain itu, ia juga bagi memerangi gejala rasuah kerana pembabitan manusia yang minimum dalam mengeluarkan saman trafik,” katanya.

Liow memberitahu akan perkara ini didalam siaran langsung program Soal Jawab di TV3 malam tadi dan menyifatkan ini adalah kaedahnya untuk mengurangkan jumlah kemalangan yang kian meningkat.

Sebelum ini Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pendirian beliau terhadap cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mencadangkan kadar denda maksimum dinaikkan untuk menyelesaikan masalah sikap pemandu yang berulang kali melakukan kesalahan jalan raya.

Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa kementeriannya terpaksa menangani beberapa isu membabitkan undang-undang dan prosedur sebelum ia dapat menyerahkan cadangan itu kepada Kabinet selepas kajian akhir dimuktamatkan.



Automated Enforcement System (AES)

Automated Enforcement System (AES) ini adalah penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. Ini adalah usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).

Ia adalah Keperluan adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.

AES satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik  kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

AES pada mulanya dikuatkuasakan pada 2012 tetapi ia kemudian mendapat bantahan meluas daripada orang ramai. Sistem itu kemudian diambilalih oleh kerajaan selepas Dewan Rakyat meluluskannya pada Disember 2013.
AES dan KEJARA Akan Digabungkan - Datuk Seri Liow Tiong Lai #AES #KEJARA #AWAS Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 25 February 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!