Tuesday, 5 January 2016

Video Fakta Sebenar #BoikotMcDonalds

Pada tahun lepas Malaysia digegarkan dengan fenomena yang membawa seruan kepada rakyat Malaysia agar memboikot McDonald's Malaysia atas kerana menyumbang kepada dana pembelian senjata dan pelbagai lagi tuduhan yang tidak berasas hanya dari permerhatian kasar sahaja tanpa sebarang bukti yang kukuh atau lebih kepada perbuatan ikut ikutan dan terbawa bawa budaya (agenda) asing ke dalam Malaysia.


Admin secara peribadi turut bersama menghadirkan diri di Dataran Merdeka pada tahun lepas dalam solidariti #Pray4Gaza #SaveGaza yang mana dilihat beberapa individu (dari NGO mungkin) yang berpeluang berucapan diatas pentas utama hanya melaungkan #BoikotMcDonalds berkali kali akan tetapi tidak memberikan sebarang penjelasan atau bukti dari apa yang beliau laungkan. Jelas ini hanya momokkan kosong yang akhirnya memerangkap hadirin pendengar yang mulanya hadir ke Dataran Merdeka pada hari tersebut atas dasar semangat dan simpati kepada penduduk Palestin yang dihenyak oleh rejim Yahudi Zionis.


Jika dilihat didalam carian Goggle sendiri bertapa banyaknya poster dan tulisan yang menyeru kepada program boikot ini akan tetapi setiap tuduhan tidak dilampirkan dengan fakta dan bukti dan hanya fitnah semata mata.


Admin pernah terbaca satu momokkan yang berbunyinya : 

"Sebutir burger McDonald's sama menyumbang sebutir peluru untuk membunuh Rakyat Palestin" 

Ini salah satu dakwaan membabi buta dah jelas tidak menghormati rezeki Allah swt kepada ramai rakyat Malaysia yang dapat menikmati makanan ini.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: 

“Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” 
(Muttafaq ‘alaih)


Ya, Allah lah yang menjadikan makanan tersebut! Inilah nikmat yang tidak terhingga nilainya kepada umat Manusia. Layakkah kita menghina nikmat yang dikurniakan Ar-Rahim? Pernahkan anda terfikir tentang penduduk di Bumi ini yang tidak dapat merasai nikmat makanan walau sesuap nasi pun?Takut nanti, tatkala Allah menarik nikmat makanan dari kita, tiada apa yang berguna lagi.



Antara Fitnah-Fitnah Terhadap McDonald's Malaysia :

Disini dilampirkan apakah yang sebenarnya McDonald's Malaysia lakukan untuk negara ini dan seluruh dunia.

Dakwaan Pertama : 

McDonald’s Dituduh dimiliki oleh pemilik berbangsa Yahudi yang menyokong Israel dan mempunyai agenda anti-Islam anti Palestin. 

Jawapan : Tidak benar, McDonald’s tidak dimiliki oleh mana mana pihak/individu. Malah disenaraikan di Busra Saham Newyork dan mempunyai lebih daripada 1.8 Juta pemegang saham yang terdiri dari pelbagai latarbelakang bangsa, agama dan warganegara. Malahan tidak ada satu individu atau entity yang memegang saham lebih dari 10%. 

Dakwaan Ke-dua 

Kononnya menyokong Israel dengan memperuntukan dana bagi tujuan konflik di Palestin. Dikatakan pembayaran royalty digunakan untuk tujuan itu. 

Jawapan : Dakwaan ini tidak benar kerana McDonald’s Cops Syarikat Antarabangsa yang beroperasi di 120 buah negara termasuk negara negara Islam. McDonald’s mempunyai pelanggan dan pekerja dari pelbagai latarbelakang bangsa, agama dan warganegara dan McDonald’s sangat menghormati setiap daripada mereka. McDonald’s juga tidak menyokong mana mana pihak dalam apa apa konflik politik ataupun keagamaan yg belaku dimana mana negara didunia. 

Sebagai sebuah entity peniagaan McDonald’s Malaysia tentunya membayar royalti bagi mendapatkn lesen atau hak penggunaan jenama McDonald’s di Malaysia. Ini merupakan perkara lazim dlm dunia peniagaan turut juga diamalkan banyak syarikat syarikat lain. 

Yang pastinya sebahagian besar pendapatan McDonald’s Malaysia dikembalikan ke negara ini bagi tujuan pebelanjaan dan pembangunan perniagaan. 

Dakwaan ke-Tiga 

Kononnya McDonald’s Corporation membiayai Israel dalam konflik di Palestin melalui satu oraganisai ysng dikenali Jewish United Fund (JUF) kononnya satu program ‘Matching Gift’ yang dibentuk bagi tujuan pembayaran tersebut. 

Jawapan : Tuduhan ini tidak benar dan boleh disangkal dari pelbagai segi. 

1. JUF adalah sebuah badan kebajikan yang berdaftar di Amerika Syarikat dan ianya satu dari beribu-ribu badan kebajikan yang berdaftar yang berhak menerima derma melalui ‘Matching Gift’ . Badan badan kebajikan Islam yang berdaftar di Amerika Syarikat layak da nada juga menerima derma melalui ‘Matching Gift’ 

2. Program ‘Matching Gift’ adalah satu program kebajikan dimana pekerja pekerja McDonald’s boleh menderma kepada mana mana badan kebajikan. Dan McDonald’s akan menderma jumlah wang yang sepadan kepada badan kebajikan tersebut. Derma tersebut ditentukan oleh pekerja pekerja dan bukan oleh McDonald’s Corporation 

Sebagai contoh : Sepanjang tahun 2014 terdapat lebih dari 2000 derma derma telah dibuat oleh pekerja pekerja McDonald’s Corporation kepada badan badan kebajikan Daripada jumlah itu hanya 3 derma telah dibuat kepada JUF. 

3. McDonald’s Corporation hanyalah salah satu daripada banyak syarikat sayrikat yang mempunyai program Matching Gift di Amerika Syarikat. Malah lebih daripada 60% Syarikat Fortune 500 mempunyai program ini. Ianya satu program yang lazim dilakukan oleh banyak syarikat syarikat di Amerika Syarikat. PERLU DIINGATKAN juga bahawa program 'Matching Gift' ini tidak melibatkan McDonald's Malaysia.

Akibat daripada usaha boikot ini juga ia telah menyebabkan ada antara pekerja-pekerja restoran McDonald's (Malaysia) yang diserang secara fizikal, diancam, dicaci dan disisihkan.

Di Malaysia banyak restoran McDonald's di francaiskan kepada warga tempatan dimana perniagaan restoran tersebut dimiliki oleh orang orang tempatan, Malangnya aktiviti aktiviti boikot ini telah menimbulkan musibah kepada francaisi-francaisi McDonald's di Malaysia.

Perlu diingatkan francaisi francaisi ini telah melaburkan wang yang sangat banyak hasil dari titik peluh mereka sendiri. Peniagaan mereka rata rata adalah peniagaan keluarga dan mereka mengajikan pekerja pekerja mereka sendiri.

Sila tonton video ini :

video





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Video Fakta Sebenar #BoikotMcDonalds Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 5 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!