Sunday, 10 January 2016

Usahawan Muda Perlu Belajar Mewarisi Perniagaan Keluarga!

Malaysia kini dalam memacu kearah Negara Maju Berpendapatan tinggi yang bakal direalisasikan tidak lama lagi yang memerlukan kesepakatan bersama sama dalam memajukan ekonomi dan mentranfomasikan Negara demi rancangam masa hadapan yang lebih berdaya saing, kreatif dan inovatif dalam kita meneruskan legasi yang sedia ada.

"Usahawan Muda Perlu Persiapkan Diri Sebelum Ambil Alih Perniagaan Keluarga" - 



Seteru dengan itu salah satu cabangannya dalam kita menuju kearah itu adalah bidang keusahawan adalah sangat menyumbang.

Seorang individu yang mempunyai visi dan misi dalam memajukan diri dan keluarga antaranya adalah seorang usahawan. Nilai ini bukanlah ia wujud sendiri tanpa memupuknya terlebih dahulu dalam menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ini.

Dalam melahirkan seorang usahawan yang tekun dan berjaya ianya tidak ada jalan mudah memandangkan negara kita diketika ini amat memerlukan usahawan yang berani mencuba, berusaha dan berinovasi disamping itu cabaran ekonomi global hari ini yang sangat mencabar.

Seraya dengan itu Negara kita bukan sahaja perlu membantu para usahawan kita malah perlu melahirkan usahawan yang berkualiti dan mampu bersaing dengan daya saing yang tinggi

Oleh yang demikian satu Seminar Usahawan Muda telah diadakan di Berjaya Waterfront Hotel Johor. Kira kira 200 peserta dikalangan anak muda telah menyertai seminar ini untuk menimba ilmu keusahawan dan juga menerima pembelajaran secara teori dalam seminar ini. 


Ramai dikalangan usahawan yang Berjaya satu ketika dulu kini bakal melepaskan legasi mereka kepada anak anak mereka akan tetapi tanpa ilmu dan pengalaman ia mungkin akan menjadikan mereka tidak arif untuk mengendalikan ‘perniagaan keluarga’ yang akan terwariskan kepada golongan anak anak ini dan lebih merisaukan gagal menangani krisis sekiranya belaku masalah dalam perniagaan mereka

Dalam seminar ini bahagian ini telah diulas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong "Golongan muda sekarang tidak menghadapi banyak kesusahan seperti nenek moyang mereka ketika memulakan perniagaan, maka tahap menghargai dan menilai tidak sama seperti ayah mereka", kata Datuk Wee

Anak muda hari ni mudah dan terpengaruh dengan gejala sosial yang membuatkan mereka gagal dalam menguruskan diri dan perniagaan mereka. Sudah ada dikalangnya tebeban dengan hutang bank yang bertindih dan juga kad kredit.

Dalam seminar kali ini amat bermakna sekiranya mereka mereka terdedah dengan Program Pewaris yang membuat pengkaderan perkerja dan keturunan mereka agar bersedia menghadapi cabaran lebih besar dalam proses mewarisi perniagaan keluarga mereka sendiri.

Penghargaan seharusnya diberi kepada Secretariat Of The Advancement Of The Malaysian Entreprenurs (SAME) dan Majalah Perniagaan Shang Hai yang sudah berada di pasaran selamat 37 tahun atas kesungguh mereka menjaga ahli dalam golongan ini.


Datuk Wee menyatakan kesungguhan SAME dan Shang Hai berminat menubuhkan kelab yang akan turut disertai oleh mereka mereka yang berjaya mengasakan perniagaan mereka untuk para golongan muda dan baru mempelajari dunia peniagaan hari ini.

Datuk Wee juga bercadang untuk mengadakan plan ‘intership’ dimana mereka semua boleh berbincang sesama satu sama lain dan bertukar pendapat juga pengalaman bersama golongan yang menjadi pewaris kepada perniagaan keluarga mereka.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Usahawan Muda Perlu Belajar Mewarisi Perniagaan Keluarga! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 10 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!