Wednesday, 13 January 2016

#UBER Kenapa Wujud Persaingan Tidak Sihat?!

APA ITU UBER?

UBER ditubuhkan di San Fransisco pada tahun 2009, menawarkan perkhidmatan melalui aplikasi telefon pintar dan media sosial bagi membantu pengguna mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam. Ia kini beroperasi di 53 negara merangkumi lebih 200 bandar raya.

Mungkin yang duduk diluar kawasan bandaraya besar kurang pendedahannya terhadap aplikasi menyewa kenderaan (teksi UBER) menerusi talian (online) Di fahamkan ia semakin popular diperkenalan sejak tahun 2013 sehingga hari ini.


Perkhidmatan 'Teksi Uber' kini semakin popular

Di Malaysia, semenjak teksi Uber memulakan operasinya, ia semakin popular khususnya dalam kalangan warga kota terutama sekitar Lembah Klang kerana selain kadar bayaran jauh lebih murah, perkhidmatannya dikatakan jauh lebih baik dan dibandingtara dengan perkhidmatan teksi yang sedia ada.

Uber menawarkan perkhidmatan ‘UberX’ bagi kelas bajet dan ‘UberBLACK’ untuk kelas premium. Jenis kenderaan bergantung kepada kehendak dan kemampuan pelanggan sama ada premium atau bajet.

Teksi Uber mengenakan caj RM2.00 untuk setiap kilometer, dengan caj permulaan RM7.00, serta caj minimum RM13.00. Antara destinasinya di Lembah Klang ialah Kuala Lumpur ke Putrajaya dengan bayaran RM68, KLIA (RM270) untuk perkhidmatan premium dan RM80 untuk perkhidmatan bajet dan ke Genting Highlands (RM150).

Antara jenis kenderaan untuk UberBlack ialah Honda CR-V, Nissan Teana, Peugeot 508, Toyota Alphard and Toyota Camry, manakala bagi UberX, Perodua MyVi, Toyota Vios dan Nissan Almera telah disediakan.

Pengendali Uber sebelum ini menjelaskan pihaknya bekerjasama dengan syarikat kereta sewa berlesen hampir di semua tempat operasi. Syarikat itulah, yang dikawal oleh pihak berkuasa, menyediakan kenderaan dan pemandu kepada pelanggan Uber.

Uber hanya menyediakan teknologi serta sistem komunikasi dan bayaran bagi memastikan urusan antara penyedia kenderaan, pemandu dan pelanggan agar berjalan dengan lancar.

Peranan SPAD

Sebelum ini, persatuan Tranfomasi Pemandu Teksi Malaysia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana kononnya tidak mengambil langkah pencegahan dan membenarkan ‘teksi uber’ ini beroperasi termasuk menggunakan kenderaan persendirian dan menghubungkan pengguna bukan dengan teksi berdaftar, sebaliknya dengan kenderaan persendirian dan perkhidmatan limosin tanpa mengikut undang undang yang ditetapkan.


Tidak terkecuali ada juga yang mengecam dan menghasut orang ramai dengan kata kata yang tidak baik terhadap SPAD sedangkan pihak SPAD sentiasa bersikap terbuka juga menerima dan menjawap setiap persoalan yang diajukan kepada mereka selain dari khidmat talian telefon 1800 88 7723 dan  juga di website http://www.spad.gov.my/

Disini dikongsikan jawapan lengkap daripada Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk para pembaca setia blog ini kenapa, bagaimana dan apa peranan SPAD yang sebelum ini dsalah tafsirkan oleh segelintir daripada mereka ini.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#UBER Kenapa Wujud Persaingan Tidak Sihat?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 13 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!