Thursday, 21 January 2016

Tren Enam Gerabak Diuji Esok! #LRT #Prasarana


PRASARANA AKAN MEMULAKAN UJIAN KETAHANAN ATAS JAJARAN BARU LALUAN AMPANG

KUALA LUMPUR, (21 Januari 2016) Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) – pemilik projek penyambungan jajaran LRT (LEP) – bakal melakukan ujian ke atas tren enam gerabak kenderaan rel ringan (LRV) di atas jajaran baru laluan LRT Ampang di antara Stesen Kinrara BK5 dan Bandar Puteri mulai esok (22 Januari) sebagai persediaan untuk pembukaan Fasa ke-2 akhir Mac ini.

Dengan fasa pertama di antara Stesen Sri Petaling dan Stesen Kinrara BK5, ujian tersebut akan melalui Stesen 6 (IOI Puchong Jaya), Stesen 7 (Pusat Bandar Puchong) dan Stesen 8 (Taman Perindustrian Puchong), sebelum memasuki Stesen 9 (Bandar Puteri).

“Ujian larian bebas gangguan (fault-free run) ini merupakan ujian komprehensif dan mengambil masa sehingga 24 jam, dan dijalankan termasuk pada waktu awal pagi. Bagaimanapun, kami mengambil banyak perkiraan bagi memastikan tahap ketidakselesaan kepada penduduk adalah pada tahap minimum. Bagi pihak Prasarana, kami terdahulu ingin memohon maaf, "kata Dato 'Ir. Zohari Sulaiman, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Rail dan Infrastruktur Sdn Bhd (PRAISE).

Fasa pertama projek peyambungan jajaran laluan Ampang dibuka pada 31 Oktober tahun lepas, membabitkan empat stesen baharu - Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5, manakala Fasa kedua bakal dibuka pada 31 Mac, membabitkan tujuh stesen selebihnya sehingga ke Putra Heights.

Zohari menambah, ujian larian tanpa gangguan dijalankan ke atas LRV sebelum ianya ditauliahkan selamat untuk operasi. Setakat ini, sembilan enam-gerabak LRV baharu yang diberi nama ‘AMY’ telah menjalankan ujian, termasuk tujuh LRV yang sedang beroperasi untuk Fasa pertama.

“Di bawah ujian ini, tren-tren ini perlu mencapai sehingga 1500 km tanpa sebarang gangguan yang besar kepada sistem LRV, seperti isyarat kereta api, propulsion, brek, pintu dan lain-lain. Jika sebarang gangguan besar berlaku, kilometer ke atas LRV yang diuji akan ditetapkan semula kepada sifar, "kata Dato’ Zahari, sambil menambah ujian akan dijalankan di bawah kawal seliaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Terkini, Prasarana telah menerima 24 unit set tren LRV enam gerabak. 35 LRV pertama akan dihantar sebagai unit siap dipasang dari China dan bagi 15 unit terakhir pula akan dipasang dalam negara di kilang CSR Zhuzhou di Batu Gajah untuk memenuhi keperluan kandungan tempatan.


Admin : Pihak agensi pelaksanan telah memainkan tugasnya untuk menjaga kesejateraan rakyat. sebelum ramai menyatakan ketidakpuasan hati berkenaan tren lama yang menyumbang kepada kesesakan penumpang dan gangguan perjalanan. Dengan adanya tren enam gerabak ini dapat kiranya memberi manfaat yang baik kepada rakyat Malaysia khususnya para pengguna sekitar di Lembah Kelang yang setia menggunakan perkhidmatan ini.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tren Enam Gerabak Diuji Esok! #LRT #Prasarana Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 21 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!