Friday, 29 January 2016

Tolak Bahasa Kebangsaan Antara Langkah Pulau Pinang Bakal Jadi Republik?!

Dari segi sejarah penggubalan undang-undang, perenggan 170 dan 171 Laporan Suruhanjaya Reid telah mengesyorkan supaya Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi negara kita. Perenggan-perenggan tersebut dibaca seperti berikut -

“170. …After giving full consideration to them we have decided to recommend that Malay should be the national language and that for a period of at least 10 years English should continue to be used as an official language. …After 10 years it should be left to Parliament to decide when a change should be made and we have framed our recommendations so as to enable Parliament to proceed by stages if it thinks fits to do so. …

171. …There are some purposes, such as the authoritative text of an Act of Parliament and proceedings in Courts of Justice other than taking of evidence, for which it may be found best to retain the English language for a considerable number of years, but we think that it is right that for all ordinary purposes Malay should in due course become the sole official language. Our recommendations are not intended to put obstacles in the way of that transition, but rather to regulate the transition so that it may take place in a manner fair to all communities.”

Peruntukan mengenai bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dinyatakan di bawah Fasal (1) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

"Bahasa Kebangsaan

152. (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa –
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.”

Berdasarkan peruntukan di atas, walaupun bahasa kebangsaan bagi negara kita ialah bahasa Melayu tetapi seseorang boleh menggunakan (selain bagi maksud rasmi), mengajar atau belajar bahasa lain. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga mempunyai hak untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa kaum-kaum lain.

Sejak 1 September 1967 bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32]. Seksyen 2 Akta 32 dibaca seperti berikut:

“Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi

“(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada perlindungan-perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan berhubung dengan mana-mana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain di Malaysia bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.”

Penggunaan bahasa kebangsaan bagi urusan rasmi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diperuntukkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011, “PANDUAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM”. Ini selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 152 (6) Perlembagaaan Persekutuan yang dibaca seperti berikut –

“152. (6) Dalam Perkara ini, “maksud rasmi” ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.”

Kepentingan menggunakan bahasa kebangsaan untuk maksud rasmi turut dijelaskan oleh Suffian L.P di dalam kes Merdeka University Berhad v. Government of Malaysia [1982] 2 M.L.J. 243, di muka surat 249 seperti berikut:

“We think it reasonable to suppose that the framers of our Constitution deliberately chose to use the expression “national language” because they intended that bahasa should be used not only for official purposes but also as an instrument for bringing together the diverse and polyglot races that live here and thus promote national unity. …We think it reasonable to suppose that the framers of our Constitution who came from this group of Malayans – later Malaysians – concluded that just as before independence the English language could unify the small but highly influential group of leaders, so after independence the use of bahasa could and should be used as an instrument for unifying the whole nation.” 

Selain bahasa kebangsaan digunakan bagi urusan rasmi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa awam, bahasa kebangsaan juga turut digunakan di Mahkamah. Fasal (4) dan (5) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa –

“(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:

Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

“(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.”

Berdasarkan peruntukan di atas, selama tempoh 10 tahun selepas Hari Merdeka , iaitu sehingga 31 Ogos 1967, dan selepas itu sehingga Parlimen memperuntukkan selainnya, bahasa Inggeris hendaklah digunakan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi. Manakala bagi mahkamah rendah, bahasa Inggeris hendaklah digunakan sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen.

Parlimen telah memperuntukkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan di Mahkamah di bawah seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 [Akta 32].


Tahniah kepada para pengundi DAP Pulau Pinang




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tolak Bahasa Kebangsaan Antara Langkah Pulau Pinang Bakal Jadi Republik?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 29 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!