Friday, 22 January 2016

#SPAD #KTMB Tawaran Diskaun 25% Perjalanan Keretapi Bermula 14 Hingga 31 Januari 2016


Kuala Lumpur : Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar merasmikan Perkhidmatan Tren Tambahan ETS Platinum dan aplikasi dalam telefon pintar KTMB Mob Tiket untuk pembelian atas talian (online).Majlis yang berlangsungkan di KL Sentral itu turut menyaksikan satu detik sejarah tercipta dalam perkhidmatan keratapi.

Pengenalan tren tambahan ini telah memberi peluang kepada pengguna bagi laluan dari KL Sentral ke Butterworth atau KL Sentral ke Bukit Mertajam atau KL Sentral ke Nibong Tebal.

Sebagai tanda terima kasih diatas sokongan para pengguna pihak KTMB telah membuat promosi harga diskaun bagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini. Penawaran 25% diberikan untuk pembelian tiket dari KL bermula dari tarikh 14 hingga 31 Januari 2016 dan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur untuk tiket bertarikh pada 18 hingga 31 Januari.

Tawaran promosi ini boleh dirujuk pada makluman seperti di bawah :


Langsung daripada itu Tan Sri Syed turut melancarkan aplikasi KTM MOB Ticket iaitu sebuah perisian pembelian tiket secara atas talian. KTMB Mob Ticket ini boleh digunakan untuk pembelian tiket atas talian bagi perkhidmatan KTM Intercity dan ETS. Anda cuma perlu memuat turun perisian ini di aplikasi Google Play Store (android) atau Apple Store (iPhone). Atas kata kunci carian “KTMB MOB Ticket”


Tindakkan SPAD ini dilihat cukup memberi impak yang positif kepada mutu perkhidmatan awam dikala pengguna iaitu rakyat begitu dahagakan tranformasi disetiap cabang perkhidmatan awam.Oleh itu SPAD janganlah lagi menoleh kebelakang dan teruskanlah melaksanakan amanah yang diberikan agar ia membawa kesan baik kepada rakyat Malaysia. Tahniah dah syabas!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#SPAD #KTMB Tawaran Diskaun 25% Perjalanan Keretapi Bermula 14 Hingga 31 Januari 2016 Daeng Selili Rating: 5 Friday, 22 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!