Friday, 22 January 2016

#SPAD Benteras Bas Haram Dan Ulat Tiket Sempena Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina hanya selang beberapa minggu lagi, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil langkah proaktif dalam keperihatinan mereka terhadap pengguna perkhidmatan Bas. 


Oleh itu pihak SPAD telah mengeluarkan Lesen Bas Sementara (LBS) bagi menampung permintaan yang tinggi menjelang hari perayaan yang disambut oleh semua rakyat Malaysia terutama bagi yang berbangsa Cina. Sekaligus memastikan penumpang dapat pulang ke kampung halaman atau destinasi dengan selesa dan tanpa sebarang masalah pada cuti Tahun Baru Cina kali ini.

Ramai penduduk di bandar dan kota tidak mengira bangsa dan agama mengambil peluang turut pulang ke kampung halaman untuk menikmati cuti umum kali ini. Secara tidak langsung ini meningkatkan jumlah penjualan tiket dan juga pihak perkhidmatan bas terpaksa menambah jumlah bilangan bas pengangkutnya.

SPAD kini telah menggunakan pengalaman dalam mereka mengatasi isu kekurangan bas dan masalah yang berkemungkinan belaku disetiap kali musim perayaan contohnya kes penipuan tiket oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menjual tiket secara haram atau palsu yang akhirnya mengundang kemarahan pengguna akibat terkandas di stesyen bas. 

Bagi mengelakkan perkara sedemikan belaku,Pihak SPAD bermula awal dengan memperkenalkan LBS dimana semua bas tambahan yang mahu memberi perkhidmatan kepada penumpang hanya perlu memohon LBS ini dan mereka akan berdaftar dengan SPAD. Ini akan mengelakkan daripada berlaku kes “bas haram” yang digunakan sehingga membahayakan nyawa penumpang dan juga mengelakkan isu “Tiket Palsu”

Pada cuti Tahun Baru Cina kali ini SPAD juga akan mengerahkan anggota penguatkuasa mereka untuk menjalankan penguatkuasaan menyeluruh di seluruh negara terutamanya lebuhraya dan stesen utama bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin. Antara yang diberi perhatian adalah aktiviti “ulat tiket”.


Tan Sri Dato' Seri Syed Hamid Albar Pengerusi SPAD sentiasa turun padang 
Kepada yang selalu mengkritik SPAD dengan tuduhan tuduhan liar kononnya SPAD tidak menjalankan tugas itu sewajarnya melihat kembali peranan SPAD sebuah agensi yang berkerja diluar jangka masa bertugas. Bersama samalah kita saling bantu membantu bukannya hanya mengkritik tanda merujuk kepada situasi dan fakta yang sahih!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#SPAD Benteras Bas Haram Dan Ulat Tiket Sempena Tahun Baru Cina Daeng Selili Rating: 5 Friday, 22 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!