Tuesday, 12 January 2016

RM900 Ribu Peruntukan Kerajaan Untuk Wanita dan Ibu Tunggal - Datin Paduka Chew Mei Fun


Sejajar dengan hasrat untuk membina keupayaan masyarakat keterbawahan,Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah membuka satu lagi peluang iaitu kepada golongan wanita dan ibu-ibu tunggal agar menceburkan diri dalam bidang perniagaan berdasarkan kemahiran dan keupayaan masing-masing.

JPW mengambil inisiatif untuk meningkatkan tahap sosioekonomi wanita dengan menggalakkan wanita melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan termasuk perniagaan mikro (microenterprise).

Melalui mekanisme Jabatan di peringkat negeri iaitu 13 bulan Pejabat pembangunan Wanita Negeri (PPWN) di seluruh negara, termasuk Biro Wanita Sarawak dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.

Antara program-program pembangunan wanita yang dijalankan adalah program yang berkaitan dengan Peningkatan Kemahiran dan Pendapatan

Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) Program ini adalah latihan kemahiran dan keusahawanan khusus untuk golongan wanita dan ibu tunggal (I-KIT) bagi mencapai objektif seperti berikut:

  • Menyediakan latihan untuk para peserta dalam bidang kemahiran yang boleh dikomersilkan;
  • Membantu peserta meningkatkan potensi untuk berdikari secara ekonomi setelah memperoleh kemahiran, iaitu dengan menceburi bidang keusahawanan; dan
  • Membuka minda para peserta yang terdiri daripada wanita berpendapatan rendah, suri rumah dan ibu tunggal ke arah peningkatan keyakinan diri serta memberikan motivasi supaya mereka terdorong untuk memajukan diri masing-masing.

Kerajaan kini telah memperuntukkan sebanyak RM900 ribu dalam usaha untuk membangunkan Program Inkubator Kemahiran IbunTunggal (I-KIT) dan Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita)

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datik Paduka Chew Mei Fun menjelaskan, golongan ini akan diberi kemahiran dan latihan keusahawanan di bawah pengawasan rapi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Melalui kedua dua program yang dilancarkan ini adalah bertujuan untuk menjana pendapatan ibu tunggal dalam perbagi bidang yang diminati dan juga termasuk bidang perlancongan. Dengan adanya program program sedemikian, maka kebajikan dan usaha kerajaan dalam memastikan golongan ini akan terus terbela akant terlaksana disampaing menjadikan mereka sebagai usahawan yang lebih berdaya saing.

Datin Paduka Chew Mei Fun berkata sehingga Disember 2015, sejumlah 5,058 ibu tunggal mendapat manfaat daripada I-Kit sementara 7,719 wanita dari golongan berpendapatan rendah menerima manfaat daripada I-KeuNita.

Sesungguhnya melalui program seumpama ini dijalankan dan pihak kerajaan mensasarkan agar golongan ibu tunggal ini akan dapat meningkatkan potensi wanita untuk berdikari menjana ekonomi mereka setelah memperolehi pengalaman dalam kursus yang dianjurkan ini.

*Gambar hiasan







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
RM900 Ribu Peruntukan Kerajaan Untuk Wanita dan Ibu Tunggal - Datin Paduka Chew Mei Fun Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 12 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!