Sunday, 17 January 2016

#RapidKL #KTMB #ETS Info Kad Diskaun Pelajar Bagi Pengangkutan Awam #SPAD

Kajian menunjukkan kadar penggunaan pengangkutan awam di Lembah Kelang terus meningkat, khususnya ketika waktu puncak sebelah pagi.

Peningkatan itu adalah hasil beberapa inisiatif kerajaan dan dilaksanakan SPAD serta operator pengangkutan awam.

Jumlah perjalanan pada waktu puncak sebelah pagi juga meningkat 9 peratus kepada 5.7 juta perjalanan, dengan 827,000 pengguna setiap hari dan semakin meningkat saban tahun.


Tahukah anda bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), melalui RAPID RAIL dan BAS dan KTM telah melancarkan Kad Diskaun potongan 50% bagi para pelajar/pemilik kad ini.

RAPID RAIL dan BAS

Bagaimana cara nak mohon?

Untuk pemohonan RAPID RAIL dan BAS, setiap permohonan boleh dibuat di Stesen LRT Pasar Seni. Kos pembayaran untuk memproses kad ini dikenakan hanya RM10.00. Pelajar sekolah perlu membawa salinan kad pengenalan manakala para mahasiswa perlu membawa kad matrik dan pengesahan dari Universiti.

Setiap permohonan baru perlu mengisi borang yang boleh didapati di stesen LRT. Waktu memohon kad diskaun ini boleh dibuat pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat termasuk hari Sabtu dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. (Pejabat tidak beroperasi pada hari cuti umum.)

KTM i-Card

Bagi perkhidmatan KTM, pihak KTMB telah meluaskan pengunaann kad konsesi untuk Perkhidmatan Komuter Lembah Klang yang telah bermula pada 7 Disember 2015. Para pelajar yang menggunakan Perkhdimatan Komuter, boleh membuat permohonan untuk mendapatkan KTMB i-Card Student dan layak mendapatkan konsesi perjalanan dengan mempamerkan kad ini di kaunter Komuter Lembah Klang sebelum membeli tiket perjalanan.



Bagaimana mahu membuat permohonan?

Permohonan untuk kad ini boleh dibuat di stesyen KL Sentral di kaunter 8 dan 9, KTM Inter City (antara bandar). Sama juga seperti permohonan Rapid dan bas, setiap pemohon pelajar sekolah perlu membawa kad pengenalan serta sekeping salinan dan surat pengesahan Universiti.

Tempoh kad siap lingkungan 10-30 minit sahaja. Segala informasi tentang tawaran kad KTM i-Card ini boleh rujuk laman web www.ktmb.com.my atau hubungi 03-22671200 atau twitter @KTMKomuter. Pemegang kad i-Card ini akan menikmati diskaun sehingga 50% untuk Komuter dan 40% untuk Electric Train Service atau dikenali sebagai ETS.


Kerajaan Malaysia hari ini begitu prihatin dan mengambil berat dalam menangani masalah kos sara hidup khususnya untuk golongan siswa hari ini. Dalam mempromosikan pengangkutan awam secara tidak langsung perlaksanaan kad diskaun ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi SPAD : 1800-88-7723




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#RapidKL #KTMB #ETS Info Kad Diskaun Pelajar Bagi Pengangkutan Awam #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 17 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!