Saturday, 16 January 2016

Perdana Menteri Rasmi Wisma Huazong.

Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi merasmikan Wisma Huazong, iaitu ibu pejabat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong). Bangunan yang terletak di antara Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Serdang Lama itu, antara lain akan memudahkan urusan membabitkan masyarakat Cina dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kaum berkenaan. 

Najib Razak dalam ucapannya berkata, pembinaan bangunan terbabit menjadikan gerakan NGO Cina dipandang tinggi oleh masyarakat Cina di negara lain. 

"Saya percaya Huazong di bawah kepemimpinan Tan Sri Pheng Yin Huah dapat terus berperanan mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini, di samping dapat memajukan lagi masyarakat Cina. 

"Sikap toleransi yang wujud, selain perpaduan kaum yang jitu pastinya akan dapat memakmurkan lagi negara kita, seterusnya mengekalkan Malaysia sebagai negara yang aman dan mempunyai ekonomi berkembang pesat," ujar beliau. 


Turut hadir, Penasihat Kehormat Huazong, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Kong. Pada majlis sama, Najib mengumumkan sumbangan kerajaan sebanyak RM3 juta untuk menampung dana Huazong yang masih kurang RM12 juta. 

Sebelum ini, RM5 juta disalurkan kerajaan bagi pembinaan wisma berkenaan pada tahun 2011. Bangunan yang bernilai RM55 juta itu, antara lain turut dilengkapi dewan makan yang dapat memuatkan 150 meja makan dan auditorium.

YB PM juga sempat hadiahkan satu set kompilasi buku "Si-Quan-Shu Hui-Yao" yang mengandungi 500 buku-buku sejarah lama dan budaya Cina pada majlis ini.

Objektif paling penting ialah membina hubungan kerjasama antara kerajaan dan rakyat dalam mencapai harmoni dan keamanan didalam negara yang bebilang agama dan bangsa ini.

Cara terbaik mencapai harmoni dan keamanan ialah apabila semua kaum dalam negara ini bekerjasama. Kita boleh memastikan keamanan dan kestabilan di kalangan keluarga, di sekolah, di tempat kerja? Masyarakat dalam dalam negara berdasarkan persefahaman bersama.

Jelas disini Kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional tetap dalam pendirian membela dan mendengar suara dari semua kaum walaupun pihak pembangkang khususnya DAP sering mengunakan kata kata yang berbau perkauman terutama dikalangan penyokongnya untuk merendahkan kredibiliti YB PM selaku pemimpin no satu rakyat Malaysia.
Perdana Menteri Rasmi Wisma Huazong. Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 16 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!