Sunday, 24 January 2016

#MyBAS Antara Inisiatif Terbaik Di Bawah #SPAD

"Perkhidmatan terbaru bertujuan menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar dengan lebih efisien melalui jadual masa yang telah ditetapkan agar dapat membantu penduduk setempat supaya lebih mudah berulang-alik ke tempat kerja, sekolah dan pelbagai lokasi lain. Kemudahan pengangkutan awam yang baik dapat meningkatkan produktiviti dan taraf hidup penduduk." - MyBAS


Inisiatif perkhidmatan myBAS di bawah kelolaan kerajaan (SPAD) melalui Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (Stage Bus Services Transformation atau SBST) ia kini sedang dilaksanakan di Seremban, Neregeri Sembilan secara berperingkat-peringkat dalam obejetifnya menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna perkhidmatan itu

Perkhidmatan MyBAS ini diawalnya telah bermula di Perlis pada 1 Ogos 2015 dan kini sedang dipertingkatkan usaha ini keseluruh negara. SPAD telah menerima pelbagai maklumbalas dari orang ramai tentang bagaimana caranya untuk meningkatkan perkhidmatan ini di negeri Perlis sebelum ia MyBAS dilancarkan. Dan kini jumlah penumpang bas di Kangsar sahaj telah meningkat sehingga 20,423 penumpang daripada 9,252 sebelumnya. Ini membuktikan tindakkan SPAD mewujudkan program MyBAS ini memberi impak yang baik kepada mutu perkihdmatan bas dan ia sesuatu yang amat membanggakan.

Kini SPAD membuka satu lembaran baru dalam program myBAS mereka. 

Susulan dari program myBAS di Perlis, perkhidmatan myBAS ini telah mula diperkenalkan di Seremban, Perkhidmatan ini telah bermula lewat tahun lepas iaitu pada 15 November 2015. Pada Fasa pertama ini telah mencatatkan peningkatan penumpang sebanyak 30% iaitu dari 20,761 kepada 27,257 penumpang setiap minggu, dan ini lagi membuktikan bahawa perkhidmatan myBAS dibawah inisiatif SPAD mendapat sambutan yang amat baik dan mengalakkan.


Keberkesanan perkhidmatan myBAS di Seremban dan Kangar ini jelas membuktikan bahawa SPAD dapat membongkarkan cara yang murah, berkesan dan kos efektif untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan awam darat tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Ini telah dibuktikan oleh usaha SPAD dalam perlaksanaan perkhidmatan myBAS di kedua – dua buah negeri ini. 

SPAD sentiasa bersikap terbukan dan saling berinteraksi dengan para pengguna di mana rakayat digalakkan member maklum balas dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat oleh pihak pihak yang terlibat. SPAD adalah badan pelaksana yang mendengar suara pengguna, tanpa maklumbalas anda segala yang pengguna inginkan tidak tercapai. ini menunjukkan satu hubungan saling bantu membantu yang bagus antara rakyat dan agensi kerajaan. 




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#MyBAS Antara Inisiatif Terbaik Di Bawah #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 24 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!