Thursday, 14 January 2016

MCA Guna Modul Pencegahan Rasuah SPRM #MCA #SPRM

The Malaysian Chinese Association (MCA) antara Parti politik terawal membina kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meskipun kerap dari momokkan pembangkang yang tidak pernah reda mengaitkan Kerajaan dibawah Barisan Nasional dengan Isu Rasuah!


Pada awal minggu ini (Isnin), Parti dari komponen BN itu menandatangani Memorandum Kerjasama Latihan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengetua Sekolah Pengajian Politik MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali dan disaksikan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. 

Antara yang diputuskan dalam pertemuan pada hari itu antaranya memperkenalkan Kursus Anti-Rasuah kedalam pembelajaran peserta program itu selain dari menganjurkan seminar yang menyentuh tentang kesedaran anti rasuah yang diusahakan bersama dengan SPRM 

Menurut Datin Paduka Chew Mei Fun, Jika tidak ada halangan pada masa akan datang Sekolah Pengajian Politik ini juga akan bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta organisasi antarabangsa. 

Pada sidang media selepas majlis tersebut, Datuk Seri Mustafar Ali menggesa parti-parti lain di negara ini mencontohi langkah yang dibuat oleh MCA sebagai persediaan ke arah politik berintegriti. 

Malah kerjasama dengan MCA itu bakal membolehkan ahli-ahli politik parti itu mengenali lebih mendalam kaedah pencegahan rasuah yang perlu dipraktikkan oleh mereka kelak




SPRM-MCA TANDATANGAN MOU PENGGUNAAN MODUL PENCEGAHAN RASUAH 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan MCA hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penggunaan Modul Pencegahan Rasuah untuk meningkatkan kesedaran menjauhi rasuah di kalangan ahli MCA. 

Majlis menandatangani MoU berlangsung di Ibu Pejabat MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. MCA merupakan parti politik pertama di Malaysia mengambil langkah ini. 

Bagi pihak SPRM, MoU ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Sri Haji Mustafar Haji Ali, manakala MCA diwakili oleh Pengetua Sekolah Pengajian Politik MCA, Datin Paduka Chee Mei Fun. 

Turut hadir Timbalan Presiden MCA, Dato' Sri Wee Ka Siong dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Abdul Samat Kasah. 

Detik bersejarah ini adalah susulan sesi engagement yang dianjurkan sejak SPRM memperkenalkan program tranformasi secara menyeluruh. 

Menurut Dato' Sri Haji Mustafar, MoU ini akan membolehkan ahli politik terutama kalangan anggota MCA mengenali secara lebih mendalam berkenaan kaedah pencegahan rasuah yang perlu dipraktikkan oleh ahli-ahli politik. 

"Ini kali pertama SPRM memperkenalkan modul pencegahan rasuah kepada parti politik. MCA merupakan parti politik pertama menggunakan modul ini sejak Disember lalu dan SPRM akan berusaha agar parti politik yang lain mengambil pendekatan sama seperti MCA. 

"SPRM sangat berbangga disebabkan ini merupakan satu titik permuafakatan dan diharap dapat membentuk amalan budaya berintegriti dalam berpolitik serta menyebarkan informasi modul berkenaan," kata Dato' Sri Haji Mustafar. 

Modul ini digubal oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Antara kandungan modul ini yang mempunyai 90 slaid adalah statistik terkini penglibatan ahli politik dalam jenayah rasuah, definisi rasuah, hukuman jika terbabit dengan rasuah, undang-undang rasuah dan juga kesan buruk rasuah. 

Sementara itu, Dato' Sri Wee berkata, MoU ini adalah satu kerjasama ke arah memerangi rasuah. 

"Ini kali kedua secara rasmi dan pada tahun ini, MCA menyasarkan untuk melatih sehingga 10,000 anggota MCA melalui pengenalan modul pencegahan di sekolah MCA. 

"Selain itu pendekatan pencegahan rasuah ini secara tidak langsung dapat memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI)," kata beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Pada Disember 2015, MCA telah menjemput SPRM bagi memberi taklimat berkaitan usaha memerangi dan menjauhi rasuah kepada ahli-ahli partinya melalui dua kem latihan masing-masing di Gambang, Pahang dan Grik, Perak. 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 
PUTRAJAYA 
12 JANUARI 2016




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
MCA Guna Modul Pencegahan Rasuah SPRM #MCA #SPRM Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 14 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!