Sunday, 24 January 2016

MacFood Services Malaysia Halal #McDonalds


Jika kita seorang yang pembersih dan tak suka keadaan tidak teratur, pastinya kita akan memastikan kebersihan dapur dan tempat penyediaan makanan dilakukan secara berterusan, di mana ia dijalankan sebelum memasak, semasa memasak dan selepas menutup operasi perniagaan makanan.

Sepertimana syarikat makanan mudah saji iaitu McDonald’s , mereka mempunyai sepasukan kakitangan yang bertanggung jawab dalam penilaian kualiti (quality assurance) yang berkhidmat dalam kerja-kerja luar (field service) yang juga dikenali sebagai pakar pengiktirafan "Hazard Analysis Critical Control Point" (HACCP) termasuk kawalan dari JAKIM"

Tugas mereka adalah untuk menjalankan penilaian dan memantau secara tetap di setiap restoran McDonald’s seluruh negara. Oleh itu tidak hairanlah amat jarang adanya aduan tentang tahap kebersihan premies premies francaisi McDonald’s dinegara ini dengan adanya inisaitif sebegini.

Penilaian meliputi semua aspek ini termasuklah kebersihan di kawasan premis, peralatan, kebersihan diri pertugas, layanan dan kemesraan dalam layanan, ketepatan dalam menyediakan pesanan bahan mentah, kawalan keselamatan makanan yang baik, mutu keluaran dan jaminan produk adalah keutamaan 

Bagi di McDonald’s mereka juga telah mewujudkan satu sistem kawalan suhu dan tempoh masa penyimpanan bahan makanan diatas standard yang tinggi bagi memastikan setiap makanan yang disediakan kepada pelanggan selamat, bersih dan segar.

Pada manual operasi harian McDonald’s , juga telah menerangkan dengan jelas setiap langkah dan prosedur yang wajib dipatuhi oleh setiap kakitangan bagi mencapai matlamat memastikan kebersihan dan keselamatan makanan terjamin.

Setiap kakitangan McDonald’s Malaysia perlu mengikuti kursus pengendalian makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Oleh itu, McDonald’s telah mengamalkan prosedur pencucian tangan (dengan betul) yang mesti dilakukan setiap jam dan apabila perlu dilakukan. Manakala semua pekerja restoran McDonald’s termasuk pengurus telah menerima suntikan imunisasi typhoid sebelum bertugas.

Dalam prosedur pencucian tersebut ianya termasuklah melembap, menggosok jari dan tangan hingga ke siku menggunakan sabun antibakteria selama 30 saat, kemudian dibilas serta dikeringkan dengan menggunakan tisu pakai buang.

Sementara setiap produk yang telah siap disediakan adalah tidak dibenarkan untuk disentuh dengan tangan dengan sengaja atau tidak. Bahkan McDonald’s sentiasa menekankan kepentingan penggunaan sarung tangan pakai buang, penceduk makanan yang bersih dan tong. 



Sistem kawalan dalaman McDonald’s ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap produk yang dikeluarkan adalah selamat, bersih dan halal. Selain daripada itu, sistem ini juga dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia kualiti bahan mentah, proses pengilangan, pembungkusan dan penghantaran supaya ia bebas dari sebarang gangguan, kotoran atau pencemaran yang boleh membahayakan kesihatan para pelanggannya.

Produk import 

Di sini dedahkan bagaimana proses untuk mendapatkan produk import. Bahan Mentah Semua bahan mentah yang dibekalkan hendaklah mendapat sijil halal dan pengesahan kebersihan serta bahan yang diiktiraf oleh badan-badan yang bertauliah.

McDonald’s telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan pemprosesan ternakan dan proses pembuatan makanan berasaskan daging dan ayam. Proses utama melibatkan penyembelihan secara halal mengikut syarak dan penghasilan daging ayam yang dipotong mengikut spesifikasi yang ditetapkan

  • Untuk tujuan itu setiap pembekal dikehendaki supaya mengemukakan surat Pembekal luar negara yang berpotensi memohon pengesahan halal kepada Panel Penasihat Syariah.
  • Panel Penasihat Syariah mengesahkan dan meluluskan status halal produk kepada pembekal.
  • Meneliti dan dan mengesahkan Sijil Halal yang diperolehi oleh pembekal daripada mana-mana badan produk makanan dan pemakanan Islam dalam negeri sebelum mengeluarkan Sijil Halal kepada pembekal.
  • HDC dan Panel Penasihat Syariah mengadakan pemeriksaan terhadap kilang pembekal.
  • HDC mengeluarkan Sijil Halal kepada pembekal

Sebagai sebuah restoran makanan segera yang terkenal di Malaysia malah antarabangsa, McDonald’s telah menyediakan pelbagai jenis hidangan untuk membolehkan para pelanggan membuat pilihan mengikut diet yang sesuai.

MacFood Services Sdn. Bhd. mendapat pengiktirafan status halal dan keyakinan dari Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk atau Gulf Cooperation Council (GCC) beberapa dekad yang lalu.

McDonald’s mengamalkan pendekatan bersikap terbuka kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat standard kualiti produk dan prosedur yang dilaksanakan di restoran-restoran dan juga kilang MacFood Services Sdn. Bhd.

MacFood Services Sdn Bhd adalah di antara pembekal berdaftar GCC dan juga pembekal utama produk berasaskan ayam yang bersih, halal dan berkualiti bagi rangkaian McDonald’s di negara-negara timur termasuk Negara Arab. 


MacFood Services Sdn. Bhd. Adalah sebuah syarikat penyedia dan pembekal utama bahan masakan mentah kepada rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia, selain turut menjadi pembekal kepada restoran mereka di negara Islam yang lain seperti Arab Saudi.

Sekarang di Arab Saudi, restoran McDonald’s sudah mencapai 60 buah. Di Kuwait 37 buah, di Bahrain 8 buah, Mesir 50 gerai. McDonald’s kini dianggarkan telah mempunyai 31,000 cawangan di seluruh dunia.

Paling menakjubkan fenomena dunia, Hari ini sudah banyak yang mulai beralih kepada McDonald’s meskipun sebelum ini terdapat spekulasi tidak benar dan berbau fitnah yang menjadi alat kepada pesaingan dalam perniagaan ini.

Penyediaan makanan oleh MacFood Services Sdn. Bhd. Tidak perlu dipertikaikan. Ini kerana MacFood Services telah mendapat pengiktirafan dengan persijilan ISO9001:2008 dan ianya dianugerahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, dan sudah pasti aktiviti MacFood Services ini dipantau dan disahkan selamat dan mengikut standard oleh pihak-pihak yang berkenaan secara berterusan.

Di antara pengitirafan yang diterima oleh MacFood Services Sdn. Bhd termasuklah HACCP Certification (Hazard Analysis and Critical Control Points) Program Food safety management system, ISO 9001:2000 Certification by SIRIM QAS ia itu pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti.

HALAL Certification (Sijil Pengesahan Halal) oleh HDC/JAKIM jelas telah mematuhi prosedur pensijilan Halal Malaysia dan DVS Malaysia (Department of Veterinary Services) Certification – Dalam mematuhi peraturan-peraturan pemeriksaan veterinar Malaysia dan juga telah memenuhi pematuhan kepada keperluan Program Jaminan Kualiti (QAP) dan Sistem HACCP. 

lawati : MacFood Services (M) Sdn Bhd: http://firstpride.com.my/about.php


Menjauhi Makanan yang Haram!

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

"Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya."

Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
MacFood Services Malaysia Halal #McDonalds Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 24 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!