Saturday, 16 January 2016

Legasi Melayu Tun Razak Yang Dikagumi

Sejarah terciptanya Felda pada 1 Julai, 1956 atas inisiatif Allahyarham Tun Razak antaranya bagi membantu golongan miskin dan membangunkan kawasan luar bandar serta meningkatkan ekonomi negara melalui eksport getah dan minyak kelapa sawit.


Hingga masa kini tidak siapa dapat menandingi sumbangan dan jasa jasa Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kepada warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), khususnya golongan peneroka yang bersama mengambil bahagian dalam rancangan ini sejak 50 tahun lalu.

Perdana Menteri Malaysia kedua ini menubuhkan Felda dengan membuka tanah dan mengagihkan kepada para peserta bagi tujuan pembangunan suatu masa dulu itu bukan sahaja Berjaya mengatasi masalah kemiskinan terutamanya dari golongan orang Melayu malahan meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka sendiri.


Selepas permergian Allayraham Tun Razak pada 14 Jan 1976 kira kira 40 tahun lepas, nama Felda kini gah dikenali diseluruh dunia malah menjadi kebangga dan pemcetus semangat warganya untuk terus bersaing diperingatkan dunia.

Hingga hari ini Felda sudah berkembang dengan 317 tanah rancangan di seluruh negara, dan menempatkan hampir dua juta keluarga peneroka yang rata ratanya orang Melayu.


PEMIMPIN YANG BERPANDANGAN JAUH 

Tun Razak seorang yang berpandangan jauh dan ini diterjemahkan dari kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Felda hasil dari idea dan pemikiran berpandangan jauh Bapa Pembangunan Malaysia ini.



Dalam usaha beliau membela nasib orang Melayu dengan member peluang kepada mereka yang tidak mempunyai tanah sehingga hari ini telah melahirkan jumlah populasi penduduk dari kalangan keluarga Felda yang mencecah jumlah dua juta orang. 

Daripada 112,635 peneroka yang memiliki kebun 10 ekar (bersamaan 4.05 hektar) seorang, tiada seekar pun tanah mereka yang tidak berhasil. Ini semua disebabkan faktor pengurusan Felda yang teliti, cekap dan amanah.

Bahkan taraf hidup peneroka hari ini juga amat membanggakan. Walaupun bukan semua bergelar jutawan kehidupan golongan peneroka hari ini jauh lebih selesa jika dibandingkan dengan masyarakat kampung yang lain.

Pemergian Allahyarham Tun Razak akibat penyakit leukemia pada usia 53 tahun adalah suatu kehilangan besar bukan sahaja buat warga peneroka yang terhutang budi dan jasa kepada beliau. Bahkan seluruh rakyat akan terus mengenang sumbangan dan bakti Allahyarham Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang berjaya membawa pembangunan ekonomi serta perpaduan rakyat.


Pada asalnya Felda dahulunya berperanan untuk memperjuangkan nasib golongan miskin luar bandar dan kini obejktif itu telah bertukar lantaran pelaksanan agenda transfomasi kerajaan dibawah kepimpinan anak Tun Razak, DS Mohd Najib Tun Razak untuk meneruskan kesinambungan kejayaan Felda bagi manfaat generasi Felda akan datang. 

Akan tetapi ia tidak bermaksud Felda perlu melupakan peranan asalnya terhadap orang Melayu, malah perubahan dan agenda transformasi negara memerlukan Felda bergerak seiring dengan pembangunan semasa.

Hari ini Felda harus bijak meneroka potensi dan peluang yang ada. Untuk itu, Felda perlu lebih fokus dalam melaksanakan amanah tersebut termasuklah meneliti pelaburan yang dibuat dan mendatangkan pulangan yang lumayan kepada warganya bahkah juga Negara Malaysia tercinta ini.



Penstrukturan semula perlu dibuat untuk mengkaji kelemahan dan kesilapan terdahulu. Selain mengambil berat pembangunan sosial, kebajikan peneroka dan generasi baharu perlu dijaga termasuklah mewujudkan peluang peluang baharu yang konsisten untuk melahirkan lebih ramai peneroka moden yang berpengetahuan tinggi dan berdaya saing.
Legasi Melayu Tun Razak Yang Dikagumi Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 16 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!