Wednesday, 6 January 2016

Kabinet Arah Hentikan Operasi Bauksit #Bauksit

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementeriannya akan mengkaji semula kaedah penggunaan pengangkutan bagi membawa bauksit susulan keputusan Kabinet tersebut.


Katanya, kajian menyeluruh akan dilakukan melibatkan pengangkutan darat dan laut untuk mencari kaedah terbaik bagi mengelakkan pencemaran akibat perlombongan bauksit daripada terus berlaku.

“Kita tahu ini satu isu yang perlu dikaji dari segi cara perlombongan yang lestari kerana kalau kita menggunakan cara sekarang, tidak selamat dan mencemar kawasan kita.

“Sebab itulah kita kaji bukan sahaja dari segi perlombongan tetapi pengangkutan juga sebab bauksit halus ini ringan dan terbang menyebabkan seluruh kawasan menjadi merah.

“Maknanya (lori membawa bauksit) bukan sahaja kena tutup tetapi pengangkutan laut pun kena kaji kerana kapal-kapal yang membawa bauksit itu kalau tidak menggunakan cara betul boleh mencemar malah apabila terumbang-ambing di laut, ia akan terbalik,” katanya.

Mengikut laporan berita Utusan operasi mengangkut bauksit di Kuantan telah diarahkan menghentikan operasi sementara selama tiga (3) bulan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam keputusan kabinet. Langkah ini adalah amat tepat memandangkan ketika ini persekitaran Bandar Kuantan mengalami pencemaran teruk akibat tindakan operasi yang tidak mengikut 'Standard Operating Procedure' atau SOP yang ditetapkan

Pencemaran air sungai juga dilaporkan belaku bilamana ada pihak menggunakan bekas lombong (secara haram) untuk mencuci bauksit di Felda Bukit Sagu 1 dan 3. Contohnya satu kawasan bekas lombong ini seluas 30 ekar di Felda Bukit Sagu 1 yang telah beroperasi selama 3 bulan yang mana air Sungai Taweh dipam ke kawasan loji yang mana mengakibatkan masalah bekalan air sungai kering lalu menjadi punca utama gangguan air dikawasan sekitar itu dan ini menyukarkan proses pengepaman air mentah untuk dirawat sekaligus menyebabkan gangguan bekalan air bersih. 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kabinet Arah Hentikan Operasi Bauksit #Bauksit Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 6 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!