Tuesday, 12 January 2016

JAKIM Iktiraf McDonald’s Malaysia Selamat Dan Halal #McDonalds

McDonald’s Peka Akan Tahap Keselamatan Makanan Terhadap Produknya

Kementerian Kesihatan Malaysia amat menitik beratkan penjagaan Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi rakyat Malaysia bagi melindungi orang ramai terhadap kebahayaan dan penyelewengan cara penyimpanan dan penggunaan makanan

Pihak Kementerian Kesihatan melalui beberapa program terutamanya Program Keselamatan dan Kualiti Makanan secara berterusan untuk memastikan tahap keselamatan makanan di negara ini sepertimana sebagai Competent Authority berkaitan makanan disepanjang rantaian bekalan makanan.

Dibawah kuasa Akta Makan 1983 Kementerian Kesihatan diberi amanah untuk melindungi orang ramai dari bahaya kesihatan dan penipuan didalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara perkara yang berkenaan dengannya.

McDonald’s Malaysia adalah salah satu industry makanan cepat saji (Fast foods) yang amat popular di Malaysia juga tertakluk dibawah akta ini meskipun sebagai sebuah rangkaian kedai makanan yang popular ia tidak boleh mengabaikan faktor kebersihan dan keselamatan makanan sepertimana yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh yang demikan McDonald’s Malaysia perlu tetap dan sentiasa memastikan produk manakan mereka diyakini bersih, selamat dan berkualiti didalam pasaran negara ini.

Pihak McDonald’s Malaysia telah membuat perubahan drastik dan jawatankuasa khusus dalam memastikan pelanggannya mendapat hasil produk makanan mereka yang paling terbaik, selamat dan bersih.

McDonald’s Malaysia menghasilkan produk yang mematuhi perundangan makanan yang telah digariskan oleh Kerajaan Malaysia melalui Program Jaminan Keselamatan Makanan Di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Memandangkan McDonald’s Malaysia amat menitikberatkan soal keselamatan makanan ini mereka telah mengambil beberapa langkah yang melibatkan penghasilan makanan yang berkualiti dan selamat termasuk mendapatkan bahan mentah seperti daging segar dari ladang.



Berberapa perkara asas yang diambil kira oleh McDonals’s Malaysia tanpa kompromi dan mematuhi prosedur standard yang telah ditetapkan ialah berkaitan dengan kebersihan .

Perkara tersebut ialah:-

1. Pengeluar Bahan makanan
2. Katering makanan
3. Premis di mana makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidang
4. Kenderaan yang yang digunakan untuk makanan mentah dan siap

Untuk memastikan produk makanan McDonald’s Malaysia melepasi syarat tersendiri dan syarat dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. McDonald’s hanya berurusan dengan pembekal makanan yang telah diperakui HALAL dan mematuhi segala syarat penghasilan bahan mentah untuk dibekalkan kepada pelanggan mereka agar bermutu, selamat dan berkualiti. orang ramai boleh menyemak status halal produk McDonald’s di negara ini dengan melayari www.halal.gov.my. (Juga boleh Gunakan Direktori Halal untuk menyemak status Halal Premis/Produk & Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf.



Pemantauan berterusan dilakukan sepanjangan masa terhadap proses penghasilan bahan mentah ini dan diiktiraf juga disahkan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Untuk bahan mentah yang dibawa masuk ke negara ini, McDonald’s akan mengikut standard antarbangsanya iaitu melalui proses yang sama oleh badan penguatkuasa Halal diluar negara.

Dalam proses penyediaan makanan McDonald’s Malaysia pihak pekerja McDonald’s Malaysia diwajibkan mengambil suntikkan imunisasi tifoid (Typhoid Injection) daripada pusat kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum dibenarkan bertugas dimana mana restoran McDonald’s di Malaysia.

McDonald’s Malaysia telah melatih pihak pengurusan restoran cepat saji dan kakitangannya untuk memastikan kecekapan dan kemahiran dalam mengikuti tahap Keselamatan Makanan dan mengekalkan kualiti makanan terjaga.

Setiap kakitangan dan pekerja McDonald’s Malaysia diwajibkan menuruti Kod Laku dan amalan kebersihan untuk memastikan polisi Halal dan Keselamatan Makanan yang ditetapkan oleh pihak kementerian sentiasa dipatuhi

Bahkan pihak McDonald’s Malaysia menegaskan sebarang tingkah laku seperti merokok, makan, minum atau sebarang aktiviti yang berpotensi mencemarkan produk makanan dibenarkan semasa dan di kawasan pengeluaran makanan.

Kementerian Kesihatan telah menyediakan pelbagai program Jaminan Keselamatan Makanan seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Good Manufacturing Practices (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).

Program Jaminan Keselamatan Makanan banyak membantu sayrikat syarikat yang terlibat dalam industri makanan untuk menembusi pasaran makanan global sebagaimana yang telah dilakukan oleh McDonald’s Malaysia hari ini yang amat berjaya melonjakkan ekonomi negara dalam sektor industri makanan.

Perkembangan industri makanan cepat saji di pasaran negara dan juga perkembangan teknologi dalam industri penyediaan makanan telah mengwujudkan satu persaingan dari segi nilai , mutu dan kualiti yang dihasilkan untuk menarik pelanggan makan cepat saji.

Menyedari akan kepentingan ini pihak McDonald’s Malaysia sentiasa mematuhi Akta keselamatan Makanan dan patuh syariah dalam semua perkara dari mula proses penghasilan makanan agar ianya terjamin berkualiti dan .

Ini menjadi tanggungjawab McDonal’s secara meyeluruh dan semua pihak sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan industri makanan untuk meningkatkan kesedaran dalam mengurangkan risiko pencemaran dan bahaya di dalam makanan.

Kini, McDonald’s adalah diantara restoran cepat saji yang diiktiraf akan kesucian dan kebersihannya oleh Kementerian Kesihatan dan menepati syarat tuntutan Syariah dan telah pun diakui mencapai standard global dimana McDonald’s Malaysia telah memenangi beberapa anugerah pada tahun 2011, 2013 dan juga 2015.

Justeru oleh itu, McDonald’s Malaysia adalah sebuah restoran yang terbaik dalam industri penyediaan makanan cepat saji di Malaysia.

Juga membuat khidmat penghantaran pesanan : 
https://www.mcdelivery.com.my/my/


Nasihat admin kepada pemboikot McDonald's Malaysia yang sebelum ini menfitnah makanan segera ini kononnya tidak halal (atau sijil Halal ditarik)

Allah SWT berfirman: 
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang Fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu“. (QS. Al Hujurat: 6).


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
JAKIM Iktiraf McDonald’s Malaysia Selamat Dan Halal #McDonalds Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 12 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!