Monday, 4 January 2016

Isu Pengkalan Israel Bukti @kitSiang Pro-Israel?!

DAP cuba mengalih isu tawaran dana RM1.2 billion (USD300 juta) dari pihak Israel yang didedahkan oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abd Rahman kepada Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke hanya menggunakan hujah ‘tidak masuk akal’ terhadap dakwaan DAP telah ditawarkan RM1.2 billion sebagai balasan akan membina sebuah pangkalan tentera Israel di Port Dickson jika ia berjaya merampas Putrajaya.



“Ini tidak masuk akal,” kata Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan hanya merujuk kenyataan Dr Zuhdi dan mengabaikan nama pihak yang bertanggungjawab menjawab pendedahan itu, Mohamed Razali Abd Rahman.


Sebelum ini, Dr Zuhdi yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat mendesak DAP perlu menjawab pendedahan Mohamed Razali itu kerana kegagalan berbuat demikian akan mengesahkan hubungan DAP dan Israel yang sedang diperkatakan.

“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) oleh Israel,” kata Zuhdi.

Katanya lagi, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

“Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.



“ketiga-tiga dakwaan Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP,” katanya lagi. - AIDC


TIdak hairanlah DAP Perak mengutuk Kerajaan Malaysia (Kementerian Belia Dan Sukan) lantaran tidak membenarkan atlet dari Israel bertanding di Langkawi baru baru ini.  : http://daengselili.blogspot.my/2015/12/dap-sokong-atlet-israel.html


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Isu Pengkalan Israel Bukti @kitSiang Pro-Israel?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 4 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!