Thursday, 7 January 2016

Felda United Kini Ada Stadium Sendiri #FeldaDihatiKu



Sebelum ini FELDA United tidak mempunyai gelanggang sendiri dan terpaksa menumpang di Stadium Selayang, Lantaran itu pengurusan FELDA telah mengambil keputusan untuk membina stadium sendiri bagi memudahkan aktiviti pasukan dan juga penyokong setia FELDA United. Kini FELDA United mempunyai stadium mereka sendiri yang dibiayai 100% oleh FELDA. Stadium diberi nama Stadium Tun Abdul Razak iatu nama Perdana Menteri Malaysia ke-dua yang digelarkan Bapa Pembangunan Malaysia . Stadium baru FELDA United ini terletak di Bandar Jengka, Pahang.





Jika sebelum ini pasukan Johor Darul Takzim (JDT) diberi pujian kerana mempunyai stadium yang "World Class", kini peneroka serta anak-anak FELDA juga boleh berbangga dengan adanya Stadium Tun Abdul Razak juga boleh diklasifikasikan sebagai "World Class". Ini kerana stadium ini menggunakan Rumput tiruan gred 2 stars yang direkomen oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) yang mana mengikut standard bg sebarang perlawanan Asia Football Championship (AFC) Cup dan kejohanan bertaraf antarabangsa. 




Lantaran Stadium Tun Abdul Razak mengikut standard antarabangsa secara tidak langsung Stadium Tun Abdul Razak layak menjadi hos perlawanan antarabangsa. Ini memberi peluang kepada warga penyokong FELDA United khususnya dari 30 tanah rancangan di sekitar stadium untuk datang memberikan sokongan kepada pasukan FELDA United atau sebarang pelawanan peringkat antarabangsa kelak seperti contohnya pelawanan Piala AFC.


Saksikan Video Pandangan Penuh Ini :



Felda United Kini Ada Stadium Sendiri #FeldaDihatiKu Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 7 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!