Saturday, 16 January 2016

#Felda Tan Sri Isa Samad Dilantik Sebagai Anggota Felo William Pitt Kolej Pembroke, Universiti Cambridge!

Dua tahun lalu, Yayasan FELDA telah menandatangani satu perjanjian strategik bersama Kolej Pembroke dan menyertai Program Perkongsian Korporat mereka, melalui program ini kesemua pegawai kanan FELDA termasuk FELDA Global Ventures (FGVH) telah dan akan mengikuti latihan


Melalui memorandum persefahaman yang ditandatangani pada Januari 2012, pegawai-pegawai kanan FELDA dan FELDA Global Ventures (FGVH) telah mengikuti latihan dan kursus pengkropatan di Kolej Pembroke.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kini telah dilantik menganggotai Felo William Pitt Kolej Pembroke, Universiti Cambridge, sebagai pengiktirafan hubungan baik di antara kumpulan FELDA, Kolej Pembroke dan Universiti Cambridge yang di bina selama ini.

Tan Sri Isa berkata, anugerah itu adalah merupakan satu penghormatan kepada kumpulan FELDA yang telah mengadakan kerjasama dengan Kolej Pembroke selama dua tahun sebelum ini.

William Pitt adalah bekas Perdana Menteri Britain yang termuda di sekitar tahun 1783 dan dilantik sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada tahun 1804 sebelum meninggal dunia pada 1806 juga merupakan bekas pelajar kolej tersebut.

Penerima anugerah ini merupakan mereka yang sangat dihormati dan disanjungi.Tan Sri Isa memaklumkan bahawa Yayasan FELDA kini telah mengadakan usahasama dengan Universiti Cambridge dalam bidang nano karbon untuk mengeluarkan graphine. - sumber

Tan Sri Isa Samad sebelum ini dikritik hebat dengan kononnya cuba memusnahkan legasi tinggalan Tun Razak ini, walaubagaimanapun beliau tetap cekal dan bersungguh dalam meneruskan tranformasi Felda agar terus diangkat martabatnya dimata dunia. Tahniah Felda, Tahniah Tan Sri Isa Samad.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#Felda Tan Sri Isa Samad Dilantik Sebagai Anggota Felo William Pitt Kolej Pembroke, Universiti Cambridge! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 16 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!